Terbeliak mata lepas tahu harga makanan rm10k

Sebut saja nama Salt Bae, sudah pasti ramai yang terbayang aksi lelaki tersebut memasak. Yelah, chef terkemuka dunia kan, siapa je tak kenal. Salt Bae yang kini mempunyai restoran nya sendiri iaitu Nusr.Et di beberapa buah negara dan telah menjadi salah satu destinasi Aeril Zafrel dan rakan-rakannya ketika mereka di London.

Tapi, hidangan di restoran ini bukan hidangan biasa-biasa tau. Semuanya menu mahal-mahal belaka sehingga mampu mencecah ribuan ringgit setiap satu hidangan.

Mana tak nya, stik nya ada yang sampai disalut emas. Nah, memang mahal lah jawabnya.

Baru-baru ini, Aeril berkongsi post di Instagram bahawa beliau dan rakannya mencuba menu di restoran terkenal ini.

Di pengakhiran video tersebut, mereka seperti ternganga kerana tidak percaya mereka telah pun menghabiskan sebanyak RM10k ketika makan di restoran itu.

Apa yang mereka makan ya sampai habis rm10k tu ?

Apa yang spesial, Salt Bae sendiri ada bersama mereka ketika itu, siap suap Aeril lagi tau. Fuh, untung nya.

Rata-rata netizen juga terkejut selepas mengetahui jumlah yang telah dihabiskan oleh mereka untuk makan di restoran itu saja. Yelah, kalau dekat Malaysia rm10k boleh buat kenduri kot.

Tapi, alang-alang dah melancong, apa salahnya sekali-sekala habis ribu-riban kan. Bukan selalu dapat peluang macam ni

Ig Sumber : Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!