“Sorang lahir bulan cerah sikit” – Netizen

Pelakon Fikry Ibrahim antara selebriti yang sedang meningkat naik menerusi lakonannya. Setiap drama yang dilakonkan, pasti menerima tontonan yang ramai. Jejaka yang berkulit sawo matang ini, Fikry antara pelakon yang disukai ramai peminat wanita. Siapa sangka, Fikry terjumpa ‘kembar’ yang sama iras dengan wajahnya. Sekali tengok memang sama betul.

Betul lah orang selalu kata, dalam dunia ni pasti kita akan berjumpa dengan pelanduk dua serupa seperti yang dilalui oleh Fikry sendiri.

Cuma yang membezakan antara Fikry dan lelaki berkenaan yang bernama Kumaar adalah warna kuulit masing-masing. Sekali tengok, memang nampak kembar betul tau.

Fikry berkongsi foto dirinya bersama Kumaar itu menerusi laman Instagram. Dan ternyata Kumaar adalah salah seorang youtuber terkenal di Malaysia.

Selain itu, Ramai netizen terkejut selepas melihat foto yang dikongsi Fikry baru-baru ini. Rata-rata memberi pelbagai respon tatkala melihat Fikry dan ‘kembarnya’ itu.

Gambar Fikry telah menerima 41,000 tanda suka dan banyak komen yg diterima daripada netizen.

Rata-rata netizen akui, muka Fikry sememangnya sama dengan wajah Kumaar yang berbangsa India.

“Wah sama sebijik lah korang, dah mcm kembar, dua dua muka nak dekat sama”- Netizen

Teruja betul netizen lepas tengok Fikry dengan kembar dia, betul-betul sama ni hehe.. Korang pula pernah terjumpa pelanduk dua serupa?

Sumber: Instagram fikryibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!