“Aku xblh la dgn laki Maembong ni, lawak sngguh sesuai jadi pelakon” – Netizen

Kehidupan yang bahagia hingga ke penghujung nyaawa pastinya dambaan setiap pasangan yang sudahpun mendirikan bahtera rumahtangga. Walaupun kehidupan sehari-hari ada pasang surutnya pada setiap pasangan, masing-masing mestilah memainkan peranan bagi mengekalkan rumahtangga yang harmoni dan bahagia seperti sentiasa bergurau-senda. Jika tiada lagi kemesraan, pasti hilanglah segala kebahagiaan yang dibina selama ini.

Walaupun sebelum berkahwin pasangan romantik ini jarang mempamerkan kebahagiaan mereka di sosial media, tetapi kini barulah semua orang tahu bagaimana sikap sebenar Fatimah Rohani atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong bersama suaminya. Gemar mengusik dan memang sekepala, ternyata ramai yang mula menyedari bahawa suami Emma iaitu Shazli Azhar ini ternyata mempunyai bakat besar sama seperti isterinya.

Berkahwin pada tahun 2020 yang lalu, dunia hiburan sempat g3mpar dengan berita bahawa Emma Maembong ternyata memilih juruterbang untuk menjadi pendamping hidupnya selepas beberapa kali gagal di tengah jalan bersama selebriti lain. Emma sememangnya terkenal sebagai seorang pelakon cantik yang mempunyai dar4h kacukan Scotland dari ibunya.

Anak lelaki dari pasangan ini iaitu Shariq Gabriel juga sering mendapat perhatian ramai dek kerana wajahnya yang dikatakan mirip ‘mat salleh’. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu bapa juga kedua-duanya sama cantik dan juga sama kacaknya jadi tidak peliklah jika anak pun berwajah ‘mat salleh’.

Video terbaru yang dimuatnaik oleh Emma bersama Shazli suaminya itu telah menarik perhatian ramai dengan telatah lucu dari mereka berdua yang sedang mempromosikan produk kur0s di laman Instagram.

https://www.instagram.com/tv/CX-3IH0JwZi/?utm_medium=copy_link

Bukan hanya tertarik dengan gelagat pasangan suami isteri ini, ramai yang memuji bahawa bakat lakonan Shazli juga sangat baik dan menonjol sekali dalam video tersebut dengan riak wajah yang sangat yakin dengan lakonannya itu.

Ramai juga peminat dan netizen telah memuji usaha baik yang dilakukan oleh pasangan ini apabila mempromosikan sesebuah produk yang telah diamanahkan oleh peniaga.

Mereka berusaha sebaik mungkin bagi menarik minat orang ramai untuk terus melihat video promosi dari mereka dan menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali.

Mungkin lepas ni bukan Emma Maembong sahaja yang bergelar artis, tahu-tahu si suami Shazli Azhar pun akan mula berjinak-jinak menjadi bintang di layar televisyen. Bukan sahaja kacak orangnya, ternyata pandai berlakon juga rupanya. Mesti isteri yang ajar setiap hari kan.

Sumber: Instagram Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!