“Risau dgn pasangan duet Aliff je utk next week”- Netizen

Meskipun negara kini sedang di uji dengan bencana bnjir yang agak ter0k, pihak astro membuat keputusan untuk meneruskan konsert Gegarvaganza minggu kelima malam tadi demi untuk membuka ruang kepada orang ramai membuat sumbangan terhadap m4ngsa- m4ngsa bnjir menerusi slogan Astro Kongsi Kasih. Bantuan yang dihulurkan orang awam akan di salurkan kepada m4ngsa- m4ngsa bnjir secara terus.

Pembukaan konsert malam tadi menyaksikan Nabil membuat panggilan video secara langsung kepada rakan pengacaranya Jihan Muse yang tidak dapat hadir kerana terjejas dengan kejadian bnjir di kawasan Shah Alam. Tempat Jihan Muse di gantikan oleh Kak Lina Pom Pom yang hadIr untuk menjadi pengacara bersama Nabil Ahmad.

Setelah selesai kesemua peserta membuat persembahan, kebiasaannya konsert mingguan pasti berakhir dengan segmen ‘Ada Lagu ada lagi”. Di segmen tersebut, salah seorang peserta yang menjadi kegemaran ramai dalam pertandingan Gegarvaganza Musim kelapan ini iaitu Alif Aziz telah menduduki tempat kedua dalam konsert minggu kelima malam tadi.

Menerusi beberapa komen di Instagram astrogempak, terdapat pelbagai komen positif terhadap persembahan Aliff minggu ini yang membawakan lagu berjudul Memburu Impian kerana menunjukkan peningkatan berbanding konsert minggu lalu.

Rata- rata para peminat yg menyokong Aliff di pertandingan Gegarvaganza ini gembira melihat prestasi Aliff yang kembali meningkat. Minggu lalu Aliff berada di kedudukan agak rendah.

Ketika di tanyakan oleh Datuk Syafinaz mengenai persembahan beliau yang seolah tidak dapat fokus, Aliff berkata bahawa mungkin beliau agak gementar dengan lagu yang perlu dipersembahkan pada minggu tersebut iaitu Jika Kau Rata Getarnya nyanyian Zamani Slam.

Bagaimanapun dalam segmen ada lagu ada lagi, Aliff mendapat lagu Dibelenggu Rindu nyanyian asal Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah dan beliau bakal di gandingkan bersama penyanyi lagu Teman iaitu Iman Troye.

Dengan tema duet bersama penyanyi BBNU, para peminat merasa agak bimbang dengan gandingan duet Aliff dan Iman memandangkan Iman hanya baru setahun jagung di dalam industri muzik dan baru sahaja bergelar penyanyi.

Sebagai rekod, nama dan kerjaya seni Aliff menjadi agak kelam setelah beliau kerap terpalit dengan pelbagai isu panas bermula dengan sikapnya sebelum ini yang pernah berlaku cur44ng dengan isterinya Bella Astillah.

Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Setelah sekian lama menyepi dan reda daripada g0sip panas, Aliff akhirnya membuat kemunculan semula untuk menghiburkan para peminat beliau menerusi penyertaan beliau di dalam pertandingan Gegarvaganza musim ke lapan.

Ramai peminat yang risau sekiranya Iman tidak dapat memberikan persembahan yang baik untuk menyokong persembahan Aliff Aziz di konsert pada minggu ke enam nanti.

Malahan netizen juga mempersoalkan pemilihan barisan artis jemputan yang menjadi rakan duet peserta kerana ada segelintir dari mereka yang bukanlah dalam kategori BBNU seperti Ernie Zakri dan Syamel. Berikut dikongsikan komen-komen netizen tersebut.

Sebagai peminat, mudah- mudahan Aliff mendapat keserasian untuk menyanyikan lagu Di Belenggu Rindu bersama rakan duetnya Iman Troye dalam konsert minggu ke enam minggu hadapan.

Siapa sangka penyanyi tersebut boleh berubah 360 darjah dan tidak lagi berkelakuan seperti sebelum ini lagi. Malahan persembahan beliau saban minggu menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.

Ramai peminat yang sudah mula buka mata dengan perubahan mendadak penyanyi tersebut. Malahan bakat besar beliau dalam bidang nyanyian di akui oleh para peminat menerusi penyertaan beliau di dalam pertandingan Gegarvaganza musim ini.

 Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!