“Pengalaman askar dulu ada lagi kan Ajak, steady” – Netizen

Mungkin ramai peminat yang tidak tahu bahawa sebenarnya ramai juga artis tanah air yang pernah menganggotai pasukan beruniform dan menjadi penjawat awam sebelum mereka menceburi bidang seni. Ada segelintir di antara mereka yang telah meletakkan jawatan namun ada juga yang masih lagi kekal bersama kerjaya berkenaan dan menjadikan aktiviti seni sebagai pendapatan sampingan.

Buat pelawak, pengacara dan penyampai radio iaitu Ajak atau nama sebenar beliau Mohd Hanaffi Bin Razak pula, beliau sebenarnya pernah berkhidmat sebagai seorang Tntera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak sejak usianya 19 tahun. Ajak berkesempatan untuk menabur bakti sebagai anggota Tntera Laut selama 7 tahun sebelum membuat keputusan untuk mengembangkan bakat sebagai pelawak.

Sekitar tahun 2012, Ajak akhirnya m3ningg4lk4n kerjaya berkenaan untuk meneruskan langkah dalam bidang komedi dan mencuba nasib dalam industri hiburan tanah air. Ajak mula dikenali menerusi program Raja Lawak musim keenam bersama kumpulan Shiro yang dianggotai bersama sepupunya sendiri iaitu Shah­rol Shiro.

Meskipun pada awalnya beliau tidak pernah terlintas untuk membabitkan diri dalam dunia hiburan namun kata -kata semangat serta sokongan daripada isteri tercinta Afifah Amin yang merupakan seorang guru serta rakan- rakan membuatkan beliau terdetik hati untuk mencuba nasib.

Berkat usaha dan kesabaran, Ajak akhirnya memenangi pertandingan Raja Lawak musim ke enam itu. Selain masih lagi aktif menyertai program komedi, Ajak kini bertugas sebagai penyampai radio di stesen radio Sinar. Ajak juga pernah berlakon di dalam beberapa drama antaranya Shiro Bermula Sebuah Cerita, Mujibur Mari, Wak Sayang Lue serta filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Memandangkan negara kini sedang di uji dengan bencana banjir yang agak teruk, ramai pihak telah tampil untuk memberikan bantuan kepada orang ramai. Menerusi perkongsian terkini penyampai radio itu di Instagram, beliau dan seorang rakan sedang meredah banjir menggunakan kenderaan 4×4 untuk menghulurkan bantuan di sekitar kawasan banjir.

https://www.instagram.com/p/CXstbJ9v8AK/?utm_medium=share_sheet

Secara kebetulan beliau terserempak dengan seorang lelaki yang membonceng motor bersama anaknya. Tidak sampai hati melihat lelaki berkenaan meredah banjir menaiki motor, Ajak telah mempelawa individu tersebut untuk menaiki kenderaannya.

Sebagai rekod, Ajak baru sahaja selesai menamatkan pertandingan Maharalawak Mega di peringkat akhir pada hari Jumaat yang lalu bersama kumpulan Tobat.

Kumpulan Tobat pada awalnya di anggotai oleh Bell Ngasri, Ropie dan Shuk Sahar. Namun Shuk kemudiannya mengundurkan diri atas sebab peribadi dan membuatkan kumpulan Tobat menjemput Ajak Shiro untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Shuk itu.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki menyebelahi kumpulan Tobat apabila berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan itu dan berjaya merangkul tempat kelima serta membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.

Ekoran tindakan Ajak yang tidak s0mbng dan mempelawa individu di dalam video berkenaan, rata- rata rakan artis dan juga warganet memuji tindakan beliau. Malahan ada yang mengingatkan kembali mengenai kerjaya awal Ajak sebelum ini iaitu sebagai seorang Tntera Laut.

Ajak sudah tentu mempunyai pelbagai pengalaman dalam membantu orang awam sebelum ini. Tindakan beliau yang membantu lelaki tersebut meraih pujian ramai. Berikut dikongsikan komen- komen mereka.

Pada masa kecemasan sebegini, sudah tentu apa sahaja bantuan yang boleh dihulurkan amat berharga kepada orang awam. Buat para peminat yang ingin mengikuti perkembangan Ajak, Ajak bersiaran setiap pagi pada jam 6 pagi sehingga 10 pagi bersama Team Pagi Suria di stesen radio Suria FM bersama rakan penyampai Soraya Borhan dan Fizi Ali.

 Sumber: ig ajak shiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!