“Dapat makanan happy lah tu”- Anuar Zain

Siapa sangka, dari teman rapat sehinggalah menjadi pasangan suami isteri yang romantik. Itulah pasangan selebriti popular Syamel dan Ernie Zakri yang kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama tidak lama lagi. Kedua-dua penyanyi popular ini sememangnya mempunyai peminat yang cukup ramai, almaklumlah gabungan suara mereka ini sudah berjaya memikat hati ramai peminat semenjak muncul dalam industri hiburan Malaysia.

Tatkala Ernie dan Syamel bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi, ramai peminat mereka sudah mula teruja untuk menantikan saat itu.

Malah setiap kali posting yang dikongsi Ernie di Instagram, ramai peminat Ernie menzahirkan doa yang baik buat penyanyi kesayangan mereka itu.

Bukan itu saja, mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan Ernie dari semasa ke semasa menerusi ruangan komen.

Dan baru-baru ini, Ernie telah memuatnaik beberapa foto pergi food hunting bersama suami dan keluarga tercinta.

Berselera sungguh Ernie ye bila bab makan-makan ni hehe.. Gelagat comel Ernie yang sedang berbadan dua itu ternyata mencuri perhatian baap saudaranya, yang juga penyanyi popular Anuar Zain.

Anuar Zain sengaja mengusik anak saudaranya itu yang kelihatan gembira apabila dapat apa yang diidamkan. Biasalah ibu mengandung kan, pasti mengidam macam-macam makanan.

Tidak lupa juga, netizen turut memberi komen mengusik Ernie.

Tak sabarnya nak tengok baby comel Ernie nanti, mesti cute sama macam ibu dia hehe..

Sumber: Instagram Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!