“Takpe Nabil, bini bebel makanan tetap penuh sepinggan”- Netizen

Pengorbanan seorang isteri memang tiada gantinya. Selain menjaga makan minum suami, si isteri juga sibuk menguruskan anak-anak dari segala perkara. Maka kerana itulah si isteri perlu dihargai kerana jasa mereka yang cukup bernilai. Biasalah jika si isteri sering membebel, rasanya ramai golongan isteri suka membebel lebih-lebih lagi dengan suami mereka. Betul tak?

Bila bercerita tentang kehiduoan rumah tangga, pasti setiap pasangan suami isteri akan lalui suka duka pahit manis bersama. Itulah asam garam rumah tangga kan..

Seperti selebriti Nabil Ahmad sendiri, kita sedia tahu beliau telah berkahwin dengan pasangan hidupnya iaitu Zira Ayub dan dikurniakan cahaya mata. Selalu kita lihat posting video dan gambar Nabil bersama isteri tercinta di laman Instagram.

Namun siapa sangka, perkara mengejutkan buat Nabil apabila ‘bekas ‘kek4sih lama’ beliau muncul kembali. Memang dugaan buat Nabil ye..

Perkara tersebt berlaku apabila seorang pemanggil membuat panggilan di radio Era dan menceritakan semula kenangan lama bersama Nabil. Adakah ia satu prank atau realiti? Nabil sahaja yang tahu.

Selepas berlakunya kejadian tersebut, Nabil sengaja merakam video perbualannya bersama isteri di rumah. Memang merajuk habis Zira ye hehe..

Terpaksa lah Nabil menjawab segala pertanyaan Zira bila dekat rumah. Isteri mana tak cemburu kalau bekas kek4sih lama muncul balik kan…

Rata-rata netizen turut mendoakan Nabil dan ada juga terhibur melihat gelagat Nabil apabila diperi isterinya.

Video Nabil telah mencapai 514,000 tontonan dan 24,000 tanda suka. Ini semua gara-gara pemanggil misteri Nabil yang berani call ketika live di radio Era.

Ada kalanya lucu tengok Nabil bila kena menjawab dengan Zira, tu kah banyak nama ex yang Zira sebut. Tak pasal-pasal dah kantoi hehe..

Sumber: Instagram nabilzira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!