“Untung Datin Zizie Izzete, nanti semua besar sekali” – Netizen

Kelihatan ke mana-mana mommy hot cantik manis ini pasti akan berkongsi momen bersama kelima-lima buah hatinya yang comel-comel ini. Terlihat elok barisan si kecil di dalam foto yang dirakam dengan pakaian sedondon mereka. Hanya golongan ibu-ibu sahaja yang tahu bagaimana cabaran hendak ‘mengadun’ anak-anak yang masih mentah seperti itu untuk tampak tersusun dan cantik di dalam foto.

Pada ibu bapa yang punya anak kecil seorang dua pun sudah kalut tatkala hendak bergambar dan merakam kenangan. Apatah lagi seramai lima orang anak yang hampir sebaya, sudah pasti dapat membayangkan bagaimana penjagaan mereka.

Barangkali itulah yang dirasakan sebahagian netizen yang memberikan maklum balas terhadap hantaran pelakon, Datin Seri Zizie Izette apabila berkongsi momen dengan anak-anaknya. Zizie tampak tenang dan penuh wajah kasih sayang sahaja.

Begitupun, tak kurang juga yang boleh merasakan bagaimana rutin seorang ibu itu dalam menjaga dan mendidik anak seramai itu . Namun mereka menyifatkan bahawa isteri kepada ahli plitik, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin itu beruntung.

Tatkala ada sesetengah netizen merasakan cabarannya dalam membesarkan anak-anak ketika dalam lingkungan usia sedemikian, sebahagian yang lain pula merasakan ia satu kelebihan apabila mereka membesar bersama.

https://www.instagram.com/p/CXfHptKpJD7/

Jika orang lain, bila ada anak yang sudah besar, terpaksa pula mengulangi rutin mengandung dan membesarkan anak lain lagi yang masih kecil, tetapi tidak Zizie. Maksudnya, kelebihan membesarkan mereka sekali harung sajalah.

Tapi manalah tahu Zizie akan kembali berbadan dua atau mungkin tidak mustahil terbuka hati hendak mengambil lagi anak angkat untuk dibesarkan, siapa menyangka kan. Apa pun memang terserlah sifat keibuan beliau yang dikagumi ramai ibu lain di luar sana.

Zizie dan suaminya mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna, 5, dan Aaric Zayn Izette, 3. Mereka turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette, 4, dan seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

Zizie atau lebih dikenali sebagai Zizie Izette lahir pada 17 November 1978 merupakan seorang pelakon , malah dramatis dan pengarah beberapa buah drama. Beliau anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga aktif dalam bidang lakonan.

Untuk info, beliau berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar pada Disember 2009. Walaupun pada mulanya dikhabarkan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Bung, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.

Sumber : Ig Datin Seri Zizie Izette

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!