“Berseri2 muka Jasmin, moga berbahagia hingga ke jannah” – Netizen

Jika sebelum ini suapkan anak, sekarang suap suami pula. Wahhhh seronoknya si dia makan disuap ya. Tampaknya ramai yang komen suka tengok kemesraan, keceriaan dan kebahagian bersama pasangan pengantin baharu ini. Omputeh kata memang kelihatan manis sahaja. Moga berkekalan jodoh dan cinta kasih sayang mereka berdua ini hingga ke jannah…

Itu antara banyak kata-kata dan doa netizen buat pelakon versatil, Jasmin Hamid, 47, yg bernikah dengan pengurusnya, Nazmir Abd Rahim, 35, pada 19 November lalu selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal.

Tak kurang yang meluahkan rasa di ruangan komen hantaran pelakon Zarina Zainuddin yang berkongsikan gelagat Jasmin dan suaminya itu bahawa wajah dramatis popular 1990-an itu kelihatan berseri-seri sekali selepas kembali bergelar isteri.

Kelihatan keserasian antara mereka biarpun berbeza usia. Lihat sahajalah perkongsian Zarina ini yang menunjukkan Jasmin sedang menyuapkan makanan pada suaminya itu yang mana Nazmir turut sempat memperlihatkan sisi sporting dan lucunya. Padanlah Jasmin jtuhh hati dibuatnya.

Zarina juga dalam kapsyen statusnya itu sempat mencoretkan bahawa beliau sendiri rasa bahagia tatkala melihat sahabat kesayangannya itu kelihatan ceria sesudah berumahtangga serta mendoakan mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga.

Padanlah mereka berkawan baik memandangkan kedua-duanya sering bertemu empat mata dan digandingkan dalam industri seni tempatan terutama di bidang lakonan serta sama-sama ‘naik’ di era 90-an.

Berkongsi di media tempatan, Jasmin ketika mengulas mengenai pernikahannya berkata, hubungan beliau dengan Nazmir selama ini sangat profesional. Lelaki pilihan hatinya itu rupanya telah menguruskan kerjayanya sejak lapan tahun lalu.

Malah menurut wanita yang memulakan kerjaya selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91 dan layak ke peringkat akhir itu menyifatkan soal jodoh adalah kuasa Tuhan dan pandemik COVID-19 menjadi penyebab semua berlaku.

Jasmin pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan, namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008. Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya sebelum ini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya.

Mereka adalah Rohana, Lukhman Hakim dan Ian Haziq. Rohana dan Lukhman merupakan anak angkat yang dibesarkan Jasmin sejak beliau berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid.

Sumber : Ig Zarina Zainuddin & Jasmin Hamid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!