“Boy ada nampak awek cantik terus senyum naa, pandai aaa boy” – Netizen

Sharnaaz Ahmad pada awalnya dikenali sebagai seorang pelakon lelaki di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sekitar tahun 2009 sehingga kini. Nama Sharnaaz Ahmad semakin dikenali setelah membawa watak Jebat menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan sekitar Disember 2013 hingga April 2014. Di dalam drama tersebut Sharnaaz bergandingan bersama Nelydia Senrose yang membawakan watak sebagai Hannah Mastura.

Walaubagaimanapun beliau kini sudah semakin memperlahankan bidang lakonan kerana lebih menumpukan perhatian terhadap bidang perniagaan yang semakin berkembang.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop Noor Neelofa pada Mac 2017.

Walaubagaimanapun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka akhirnya berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil daripada pernikahan bersama Nabila, Sharnaz dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 4 tahun.

Walaupun sudah berpisah namun hubungan pasangan ini masih lagi baik antara satu sama lain dan wajar dipuji apabila saling bekerjasama untuk menjaga anak tunggal mereka Jebat Jayden.

Malahan ketika hari ulang tahun kelahiran Sharnaaz, Nabila memuatnaik ucapan kepada bekas suaminya dan begitu juga Sharnaaz yang memuji Nabila sebagai seorang ibu yang baik buat Jebat Jayden.

Mereka berdua juga masih mengekalkan hubungan baik dan bersikap professional demi memberikan kasih sayang dan juga yang terbaik buat anak mereka.

Kasih sayang Sharnaaz buat anaknya itu juga sering mencuri tumpuan warganet apabila Sharnaaz kerap berkongsi video beliau melakukan aktiviti bersama anaknya.

Berkongsi tarikh kelahiran yang sama bersama Jebat Jayden iaitu pada tanggal 30 Ogos, Sharnaaz sentiasa cuba untuk memenuhi setiap keinginan Jebat dan menjaga anaknya itu dengan sebaik mungkin.

Perkongsian terkini Sharnaaz di Instagram beliau menarik perhatian apabila beliau berkongsi video menghantar anaknya Jebat ke sekolah.

Turut bersama ketika itu adalah ibu Jebat iaitu Nabila sendiri. Sebagai kenangan, Sharnaaz telah merakamkan kenangan sesi hari pertama persekolahan Jebat.

Setelah menghantar Jebat ke sekolah, pelakon berkenaan kemudiannya duduk bersantai bersama kipas sambil menunggu Jebat pulang dari sekolah.

Gelagat Jebat yang sangat ceria dan juga gembira bertemu dengan guru sekolah mencuit hati netizen. Malahan Jebat juga tidak meragam dan tidak henti tersenyum membuatkan ibu dan bapanya merasa senang hati untuk menghantar kanak- kanak berkenaan ke sekolah.

Buat para pengikut dan peminat yang sudah sekian lama mengikuti perkembangan Jebat Jayden dari masa ke semasa terasa sayu dan sebak melihatkan kanak- kanak berkenaan sudah membesar dan kini memulakan sesi persekolahan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga tidak percaya melihat kanak- kanak berkenaan sudah memulakan sesi persekolahan.

Para peminat juga memuji wajah comel Jebat dan juga gelagat Jebat yang suka berceloteh. Berikut di kongsikan komen netizen buat Jebat.

Para peminat merasa cukup kagum dengan sikap Sharnaaz yang sangat professional terhadap Nabila walaupun mereka berdua tidak lagi bergelar pasangan suami isteri dan komitmen yang ditunjukkan Sharnaaz sebagai bapa buat Jebat amat tinggi. Semoga Sharnaaz cepat bertemu jodoh selepas ini.

Sumber: ig sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!