“Aku hangin betul dengan minah ni”- Pu Azman

Sikap lucu PU Azman membuatkan ramai peminat suka melihatnya. Meskipun PU Azman terkenal dengan ilmu agama yang cukup mendalam, sikap lucu beliau sering membuat kita sendiri terhibur dengan lawak spontannya. Bukan setakat pandai berjenaka, PU Azman juga pandai berlakon dan sudah pun menjadi pengacara. Bakat PU Azman sememangnya tak dapat disangkal lagi, memang serba boleh.

PU Azman telah raih populariti yang tinggi sejak beliau aktif dalam industri hiburan. Sebelum ini beliau pernah menjadi bualan netizen menerusi drama lakonannya iaitu 7 hari mencintaiku dengan watak dipegangnya iaitu Taufik.

Selain berlakon, PU Azman atau gelaran popularnya, Cik Man telah menjadi pengacara bagi salah satu rancangan TV yang bakal ditayangkan di saluran Astro. Bersama-sama dengan pelakon Fasha Sandha, Cik Man berganding dengan beliau untuk program tersebut.

Video Cik Man berdiri di sebelah Fasha telah mencuri tumpuan apabila buat pertama kalinya mereka berganding bersama di dalam program tv.

Video Cik Man bersama Fasha telah dikongsi oleh Cik Man sendiri menerusi posting di Instagramnya. Lebih menjadi perhatian apabila kapsyen ditulis Cik Man berbunyi lucu sekali. Sempat ‘perli’ Fasha ye..

Cik Man ni tak sah kalau tak lawak kan… Suka mengusik Fasha hehe.. Malah penampilan Fasha yang kelihatan bertudung dalam video itu juga membuatkan netizen suka melihat beliau.

Sejuk mata memandang melihat Fasha memakai tudung, nampak manis je.. Netizen pun sempat memuji kecantikan Fasha di ruangan komen.

Sementara itu, posting Cik Man telah mendapat 67,000 tontonan dan 2,000 tanda suka.

Kapsyen ditulis Cik Man juga mendapat perhatian daripada Fasha. Ini respon Fasha selepas melihat kapsyen Cik Man.

Pandai Cik Man sakat Fasha ye. Tak lawak tak sah Cik Man ni. Tak sabarnya nak tengok Cik Man berganding dengan Fasha, terus sejuk mata memandang tengok Fasha bertudung ye Cik Man.

Sumber: Instagram puazmanofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!