“Ayra melatah ke menjawab opocot opocot tu”- Netizen

Seperti pelanduk dua serupa. Begitulah perumpamaan yang dapat digambarkan kepada mini Amyra Rosli iaitu anaknya Ayra Aryssa . Mana taknya, sebijik seperti muka Amyra. Baru-baru ini, Amyra memuat naik video Ayra yang sedang berceloteh di akaun Instagramnya. Rata-rata netizen terhibur dengan kerenah anaknya itu yang seolah-olah melatah dan membebel kepada Amyra.

Video yang berdurasi 10 saat itu seolah-olah Amyra sedang memarahi anaknya, tetapi Ayra seperti  tidak mengengdahkannya. Reaksi tersebut telah mencuri perhatian para netizen, rata-rata terhibur dengan ragam si kecil itu.

Selain Ayra yang comel seperti mommy nya, Anaqi pun apa kurangnya. Kedua-duanya dilabel seperti mini Ammar dan Amyra.”Sebijik wey muka mak dia ahahahah Anaqi pulak sebijik bapak dia aduh haha”-Netizen.

Secara umumnya, Ayra yang baru saja berusia 2 tahun ini juga cukup dikenali sebagai si comel yang yang ragam. Ada saja idea nya. Kadang-kadang suka juga ootd macam mommy nya. Kecil-kecil dah boleh jadi model, untung Ayra.

Malah, si kecil ini turut mempunyai akaun Instagramnya dan dah ada sebanyak 155 ribu pengikut tau. Wah, hebatnya Ayra. Lepas ni boleh lah update selalu ya video-video ragam, mesti netizen akan terhibur.

Ayra yang dulunya dijangkiti vruus Kawaasaki, kini semakin sembuh dah sihat. Syukur, semoga Ayra sentiasa sihat dan menjadi si cilik yang aktif.  Hal ini telah dimaklumkan oleh Ammar di akaun Instagrammnya bahawa anaknya itu semakin pulih dan sembuh dari vruus tersebut.

Video yang dengan captionnya “Mommy marah, dia menjawab pula ye.. biasa dia tu”  telah meraih sebanyak 122,400 tontonan juga pelbagai reaksi dan komen dari para netizen.

“Alooo comeynya. Geram plak tgk mulut dia bebel tu”-Netizen. Ayra sebenarnya tak membebel tau, cuma mengaja mengalih perhatian mommy nya suapaya tak jadi marah Ayra, yelah siapa je sanggup marah si kecil ni kan. Tak sanggup.

Apa-apa pun Ayra tetap comel, semoga si kecil ini sentiasa sihat dan menjadi anak yang baik kepada pasangan Ammar dan Amyra.

Sumber : Ig Amyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!