“Sempoi Kak pakai baju kelawaq ja” – Netizen

Bermain golf sememangnya bukan sukan yang kaleng-kaleng. Bagi sesetengah dalam kalangan kita biasanya menganggap sukan itu hanya sesuai buat golongan yang ‘ada-ada’. Sehinggakan bila sebut saja bermain golf, dah tentu ramai yang membayangkan sukan itu perlu menggunakan pakaian kemas dan bergaya selayak prestijnya. Begitupun, pelakon, Sharifah Shahiera atau Shiera Ijoy ini membuktikan sebaliknya.

Lihat s4jalah hantaran Shiera yang menunjukkan dirinya sedang berlatih memvkul bola golf ini. Dengan baju ala kelawar dan tak kisah macam mak cik-mak cik bila turun padang pun boleh.

Jika peminat dan netizen biasa mengikuti perkembangannya pasti dah maklum Shiera pun memang jenis selamba dan bersahaja jer orangnya. Apalah sangat pakai macam tu main golf.

Apa pun setakat hendak memvkul boleh golf itu bukanlah masalah besar buat Shiera dengan berbusana demikian. Kalau diperhatikan agak tepat dan cantik juga pvkulannya. Berbakat juga rupanya dia.

Agak mencuit hati, bukan saja pakaiannya itu jadi tumpuan netizen, terlihat perutnya yang agak ‘membuncit’ juga pantas menancap pandangan. Pada penulis dek pakaian berlapis gamaknya.

Begitupun komen tersebut belum pulak dibalas Shiera. Dalam pada itu, kalau dilihat kapsyen hantarannya itu, katanya sarung tangan pun dia tak ada, apatah lagi baju disarung pun pakaian pulang dari ofis.

Lebih menarik perhatian netizen, kapsyen Shiera yang turut berbunyi ‘dah pro nanti nak main dengan Permaisuri Ag0ng’. Wah begitu ya… Ya la… nak juga berkesempatan macam pelawak, Shuib Sepahtu ya…

Shuib sebelum ini pun pernah dilihat  bersama bahkan berkongsi di media sosial yang dirinya dan Raja Permaisuri Ag0ng, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah berganding bermain golf bersama-sama.

“Ar ghisau ngndong lg ke kak”, “adoyai… dier wat hal lagi.. hehe.. suka tengok nya.. tak pernah tak kelakar..”, “Cabai betoii lahhh hang pakai lagutu kluaqq pi”, “Adoila. Konten cantikkkk ”. Itu antara komen netizen.

Kata Shiera, video dikongsikannya sekadar konten mungkin untuk medsosnya. Tak pela Shiere, selalunya apa dikongsikannya jarang tak kelakar. Mana tau dalam kata nak buat konten, dah pro ada rezeki dapat main dengan permaisuri nanti.

Sumber : IG Sharifah Shahiera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!