“Kalau jadi Shuib, mcm mana la nk move on” – Netizen

Sejak pelawak dan usahawan terkenal iaitu Shuib Sepahtu mengumumkan bahawa dirinya kini sedang dalam fasa mengenali seseorang, pelbagai andaian telah di buat oleh netizen terhadap wanita yang sedang di kenali oleh Shuib itu. Kisah usahawan berkenaan yang sedang mengenali hati budi seseorang seringkali dijadikan topik hangat buat para warganet di luar sana.

Memang ramai yang ingin mengetahui siapakah gerangan wanita yang di maksudkan oleh Shuib tersebut. Malahan dalam sekelip mata sahaja, pelbagai nama telah muncul menjadi calon wanita yang di kaitkan dengan Shuib.

Antara beberapa nama yang telah pun dikaitkan dengan Shuib ini termasuklah pelakon cantik Wan Sharmila, penyanyi Siti Nordiana, adik Datin Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi, Dato Seri Vida dan beberapa orang lagi individu.

Namun begitu Shuib menafikan dengan mengatakan semua nama yang disebut itu bukanlah individu yang sedang beliau kenali. Kongsi Shuib sebelum ini, beliau hanya berkawan namun bukanlah terlalu serius.

Teka teki mengenai wanita berkenaan tercetus gara-gara satu video yang dimuatnaik oleh akaun yang dijaga oleh admin IG Sarah Raisuddin.

Walaubagaimanapun ketika ditanya tentang wanita yang dipanggil aunty oleh anaknya, Talita di dalam video tersebut, Shuib sendiri tidak mengenalinya.

Melalui satu temubual yang di lakukan oleh wartawan daripada rancangan melodi sebelum ini, Shuib pernah mengatakan bahawa wanita yang sedang kenalinya ini merupakan orang biasa saja.

Malahan buat masa sekarang, anak-anaknya juga masih lagi belum mengenali wanita berkenaan. Ibu dan keluarga terdekat Shuib juga masih belum berkenalan dengan wanita tersebut.

Ungkap pengasas produk minuman Bumblebee itu lagi, beliau sebenarnya sangat susah untuk menyukai seseorang apatah lagi pula dirinya masih lagi mengenangkan 4rwah isterinya itu setiap hari.

Baru-baru ini ibu tiri kepada Siti Sarah telah membuat kejutan hari lahir kepada suaminya Raisuddin Hamzah apabila menjemput seseorang yang bernama Emy yang sebelum ini tular mempunyai raut wajah yang sama sepertimana anak perempuannya iaitu arw4h Siti Sarah sebagai hadiah istimewa buat suaminya itu.

Menurut beliau yang lebih mesra di sapa sebagai Mak Der di dalam ahli keluarga terdekat, beliau hanyalah mahu menunaikan hasrat suaminya yang teringin untuk bersemuka dengan wanita berkenaan.

Video pertemuan wanita berkenaan bersama suaminya itu cukup tular dan mendapat perhatian para peminat. Malahan Shuib sendiri memberitahu bahawa beliau cuba mengelak daripada bertemu wanita yang di kenali sebagai Emy itu.

Kini, menerusi perkongsian terkini di Instagram tudung di bawah jenama Loveta milik arw4h Siti Sarah, Emy telah tampil sebagai model untuk mempromosikan tudung berkenaan. Penampilan Emy sebagai model tudung menerima pelbagai reaksi daripada peminat 4rw4h Siti Sarah sendiri.

Walaupun sudah beberapa bulan 4rwh Siti Sarah telahpun m3niggalkan mereka namun Shuib berkata beliau agak sukar untuk melupakan 4rwh isterinya itu tambahan pula apabila melihat anak- anak, pasti akan mengingati kenangan bersama 4rwah isterinya itu.

Emosi anak- anak beliau kini dalam keadaan stabil namun adakalanya anak- anak berkata bahawa mereka merindui ibu mereka.

Ada yang bersetuju bahawa wajah Emy seiras dengan 4rw4h namun ada juga yang kurang bersetuju kerana kasihankan Shuib kerana mengambil seseorang yang mempunyai raut wajah seperti 4rw4h Siti Sarah. Berikut di kongsikan komen – komen netizen terhadap perkongsian video tersebut.

Bercakap mengenai anak yang merupakan peninggal4n terakhir 4rwah isterinya iaitu Ayash Affan,Β  Shuib berkata Ayash telah membesar dengan cukup baik.

Malahan kesihatan dirinya juga telah bertambah baik namun adakalanya masih belum lagi boleh makan dengan berselera semenjak tiada orang yang nak masakkan untuknya makan.

Sumber: ig lovetahq

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!