“Tudia geeng kayangan, takde kuuman campur2 org lain”- Netizen

Golongan kayangan cukup dikenali dengan kehidupan mereka yang kaya raya serba mewah. Apa saja yang mereka inginkan, cukup mudah bagi mereka untuk merealisasikan impian itu. Jika sebut sahaja nama pelakon aksi popular Hairul Azreen, ramai sudah tahu kehidupan keluarganya yang cukup mewah apabila mereka sentiasa berkongsi destinasi percutian mereka setiap tahun.

Buat pelakon Hairul Azreen dan pasangannya Hanis Zalikha, ramai mengetahui pasangan ini pernah berbulan madu di Pulau Bora Bora yg dikenali sebagai destinasi percutian yang mewah. Jarang sekali ya kita tengok selebriti Malaysia jejak kaki di sana. Beruntung sungguh Hairul dan isteri.

Dan selepas Hairul memiliki dua chaya mata, beliau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak bercuti di Pulau Langkawi.

Lebih mengejutkan netizen, Hairul dan keluarganya menaiki helikopter mewah dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi. Sudah tentu helikopter mewah itu ditempah dengan harga ‘kayangan’.

Mungkin juga atas faktor keselamatan anak-anak daripada gejala cvd, Hairul memilih untuk menaiki helikopter mewah yang menempatkan beberapa penumpang sahaja.

Sementara itu, video yang dikongsi Hairul telah ditonton sekitar 500,000 tontonan dan pelbgai reaksi daripada netizen.

“Fuh 2 tahun duduk rumah, kalini all out betul family ni, ini next level ni bukan biasa2 dah ni”- Netizen

Dasyat Hairul dengan family naik helikopter, betul-betul jaga keselamatan anak-anak.. Agak-agaknya berapa lah sewa helikopter tu?

Sumber: Instagram Hairulazreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!