“Lisa tak berubah dari dulu, sentiasa sama muka cantik”- Netizen

Pejam celik, pejam celik, dah sedekad rupanya pasangan bahagia sama cantik sama padan ini dalam melayari bahtera rumah tangga. Dalam 10 tahun itu juga, mahligai dibina mereka diserikan lagi dengan kehadiran tiga orang cahaya mata. Barangkali tak salah juga menebak iaitu jarang atau tak pernah sekali mendengar gosip yang tidak-tidak tentang perkahwinan mereka ini. Bijak pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani ini dalam menjaga rumah tangga yang dibina mereka.

Kita yang melihat kebahagiaan mereka ini pun tumpang gembira dibuatnya. Lihat sahaj4lah momen sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang dikongsikan oleh Lisa yang juga pemegang anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 ini.

Huh… tampak bersemut sekali mereka kan… Bahagianya… Syukurlah. Pastinya ramai yang sukakan dengan pasangan bahagia ini. Baharu kira-kira 13 jam memuatnaik momen mereka itu, lebih 70k views di hantaran IG Lisa.

Selain rakan artis, turut mengucapkan tahniah atas hari bahagia mereka ialah netizen yang mendoakan agar kebahagiaan bekas anggota penyanyi kumpulan KRU itu dan Lisa berkekalan hingga ke jannah. Ramai yang sayang pasangan ini ya…

Berjaya membuktikan kematangan mereka dalam mengekalkan ikatan suci, perbezaan usia 13 tahun antara mereka nampaknya tidaklah menjadi isu. Sedangkan wanita yang lebih berusia pun bukanlah masalah besar, apalagi hubungan mereka berdua ini kan…

Siapa sangka sedari awalnya hanya sebagai peminat KRU dan menjadikan anggota itu sebagai idolanya akhirnya terberkenan dengan Yusry hingga ke jinjang pelamin, Lisa mengakui dia dan abangnya sering mengikuti perkembangan KRU. Yusry yang paling diminati.

Untuk info, Yusry pernah berkahwin dengan aktres terkenal Erra Fazira pada 15 Jun 2003. Pada Jun 2006, perkahwinan mereka disahkan berakhir apabila Yusri mengaku di hadapan hakim syari’e pada 14 Jun 2006 bahawa dia sendiri melafazkan talak satu kepada isterinya pada 26 April 2006 di kediaman mereka.

Pada 23 Februari 2012 Yusry mendirikan pula rumah tangga dengan Lisa. Anak sulung beliau bersama Lisa, Yahaira Leanne dilahirkan pada September 2015. Pada 23 April 2018, Yusry dan Lisa mendapat cahayamata kedua, iaitu anak lelaki bernama Yusof Leonne.

Mereka dikurniakan bayi lelaki ketiga yang diberi nama Yunos Laith, 1. Lisa, 36, mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1997 ketika berusia 11 tahun menerusi iklan Ovaltine yang menjadi kemunculan sulungnya di televisyen.

Yusry, 49, merupakan penyanyi, pelakon, dan pengarah filem. Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan KRU yang mana beliau ialah penyanyi utamanya. Bersama dua orang adik-beradiknya yang juga ahli kumpulan KRU, mereka menghasilkan beberapa buah album sejak 1992. Pada tahun 2003, beliau menghasilkan sebuah album solo.

Sumber : Ig Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!