“Kalau abg Ajai ckp berbakat tu mmg powerla adik ni” – Netizen

Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai merupakan seorang komposer dan penyanyi di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya di dalam industri seni hiburan sejak beliau masih kecil semasa menganggotai kumpulan Exist. Selama beberapa tahun bersama kumpulan tersebut, beliau kemudiannya memutuskan untuk bekerja di belakang tabir sebagai composer. Meskipun aktif mencipta lagu, beliau masih lagi menyanyi dengan membina kerjaya sebagai penyanyi duet bersama bekas isterinya ketika itu iaitu Nurul Wahab.

Percaturan Ajai ketika itu untuk menjadi seorang pencipta lagu benar- benar telah menyerlahkan lagi kehebatan beliau dalam bidang muzik. Ajai bukan sahaja bekerja dengan ramai artis yang mempunyai nama besar dalam industry seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Shiela Majid, malahan Ajai juga adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan kembali nama Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura. Lagu popular ciptaan Ajai buat Dayang ialah lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Ajai juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan arw4h Siti Sarah di dalam industry muzik tanah air. Menerusi lagu Kesetiaan, ramai yang telah membuka mata terhadap bakat yang dimiliki oleh arw4h Siti Sarah. Malahan album yang beliau terbitkan untuk arw4h Siti Sarah juga telah berjaya merangkul tiga anugerah utama di Anugerah Industri Muzik.

Antara lagu lain ciptaan beliau yang masih lagi menjadi siulan sehingga kini adalah lagu- lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Kau K3k4sihku dan Percayalah.

Ajai terlibat untuk menciptakan lagu buat penyanyi kesayangan ramai itu menerusi 3 buah album iaitu album Pancawarna yang diterbitkan pada tahun 1999, album Safa yang diterbitkan pada tahun 2001 dan juga album Emas yang diterbitkan pada tahun 2003.

Sememangnya kepakaran Ajai sebagai composer di dalam industry muzik tanah air amatlah di segani dan di horm4ti oleh para penggemar industry muzik tanah air. Baru-baru ini telah tular sebuah video di media sosial mengenai suara nyanyian seorang remaja yang di katakan mempunyai suara yang sama seperti arw4h Sudirman. Remaja berkenaan juga merupakan seorang busker dan sering membuat persembahan nyanyia bersama ahli kumpulan beliau di sekitar Johor.

Terkini, menerusi Instagram Ajai, composer terkenal itu telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan beliau bersama remaja berkenaan sedang membuat latihan nyanyian.

Kongsi Ajai lagi, remaja tersebut iaitu Arish Mikael baru berusia 19 tahun. Ajai juga telah menerima banyak Direct Message (DM) daripada orang ramai yang mahu beliau ketengahkan bakat remaja berkenaan.

Menurut Ajai, takdir dan rezeki Allah yang telah menentukan segalanya, akhirnya beliau dapat bertemu dengan remaja tersebut dan telahpun mendengar nyanyian remaja berkenaan. Ajai mengakui remaja berkenaan sememangnya berbakat dan tidak mahu persiakan bakat yang dimiliki remaja terbabit.

Di dalam video ringkas yang di muatnaik oleh Ajai itu juga, remaja berkenaan telah menyanyikan lagu Hujan nyanyian asal arw4h Sudirman. Suara remaja tersebut kedengaran saling tidak tumpah seperti suara penyanyi asal.

Malahan ada yang menganggap suara beliau begitu luar biasa kerana kelebihan memiliki suara yang sama seperti arw4h Sudirman.

Menjengah keruangan komen pula, orang ramai memuji kemerduan suara remaja tersebut dan juga memuji Ajai kerana sudi mencungkil bakat remaja tersebut dan sudi memberikan peluang dan ruang buat remaja tersebut menonjolkan bakat.

Mudah- mudahan Ajai mampu mengetengahkan bakat baru seperti remaja tersebut di dalam industry muzik. Berikut di kongsikan pula komen- komen yang di tinggalkan netizen di ruangan komen.

“Wah bgus.. Sy suka cara bro ajai hargai bakat org. Kalau org tu betul boleh menyanyi. Mmg bro ckp boleh pi. Teringt masa ajl thun bila tah. Time tu arw4h Siti sarah menang. Bro ajai ckp mcm ni la…” – Netizen

Penangan kuasa tular di media sosial akhirnya ramai yang mula mengenali dan membuka mata terhadap bakat besar yang dimiliki oleh remaja yang bernama Arish Mikael ini.

Rezeki memang tidak salah alamat. Semoga pertemuan remaja ini dan juga composer terkenal Ajai dapat menaikkan nama remaja ini menjadi salah seorang penyanyi hebat suatu hari nanti.

Sumber: ig byajai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!