“Mana tahu jodoh Sherry dengan Han Byul, sweet gitu”- Netizen

Nama Sherry Alhadad tidak asing lagi dalam industri hiburan. Setiap kali berlangsungnya majlis karpet merah atau program realiti pasti ada Sherry. Sherry antara pengacara yang cukup berbakat dan sudah bertahun-tahun beliau telah menceburi bidang pengacaraan. Tak dinafikan, Sherry antara pengacara yang berpengalaman dan memiliki peminat yang ramai.

Dalam banyak-banyak peminat Sherry, siapa sangka selebriti dari negara Korea iaitu Han Byul pun antara salah seorang ‘peminat’ Sherry tau. Malah Han Byul dan Sherry dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang baik.

Namun apa salahnya jika dah jodoh bersama kan, hehe.. Lihat Sherry dengan Han Byul nampak serasi seeprti yang dikatakan oleh netizen sendiri.

Baru-baru ini, salah satu video dikongsi Instagram Astro Gempak. Video tersebut menunjukkan rakaman semula gelagat Han Byul memanggil sayang pada orang lain di hadapan Sherry ketika berlangsungnya program realiti Big Stage.

Terus cemburu Sherry dibuatnya namun ia hanyalah sekadar gurauan sahaja.. Melihat gelagat mereka berdua,ramai netizen terhibur melihat wajah Sherry ‘cemburu’.

Ramai mengetahui Sherry dan Han Byul sering bergurau seolah-olah mereka sedang hangat bercinta. Keserasian mereka membuatkan netizen suka melihatnya.

Sementara itu,video yang dimuatnaik Instagram Astro Gempak itu telah ditonton 231,000 tontonan dan hampir 200 komen.

Ada sebahagian netizen menyedari Sherry kini kelihatan susut berbanding sebelum ini. Sherry pun semakin cantik dan berseri.

“Lainnya Sherry sekarang, nampak lawa dah, sherry cepatlah berjodoh dengan han byul hm”-Netizen

Apa salahnya kalau Sherry dengan Han Byul bercinta betul-betul?Mesti comel tengok diorang berdua, selalu nampak romantik je mereka ni.

Sumber:Instagram astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!