“Comel giiler Talitah sorak, bersungguh2 dia tep0k tgn bersorak utk adik”- Netizen

Sewaktu kita mempunyai anak kecil, sudah semestinya kita adalah insan yang paling bahagia mengikuti fasa-fasa di awal usia anak-anak. Gembira sangat tengok anak-anak semakin hari seakin membesar, belajar itu ini dan sebagainya. Betul tak ? Mereka yang suka memerhati dan pelaj4ri saja apa yang mereka nampak.

Sebabtulah, time kecil ni kita kena didik anak-anak akan perkara yang baik-baik saja. Mana taknya, bak kata pepatah, anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorak kannya. Betul tak ? Ajar lah yang baik-baik saja.

Pun begitu, ingat lagi tak ketika mana fasa anak-anak kecil mula berjalan, kalau boleh, setiap hari ibu bapa memapah anaknya belajar berjalan secara perlahan-lahan. Yelah, mereka kan tak pandai seimbang kan diri lagi.

Ada dimuat naik video anak kepada Atita Haris yang sudah pun mula pandai berjalan. Tidak dapat dinafikan bahawa melihat anak-anak sudah mula pandai berjalan adalah antara moment yang paling bermakna bagi ibu bapa.

Video yang mana anak nya yang bernama Lili tu sudah pun mula pandai berdiri dan jalan slow-slow, tapi, sudah semestinya dengan sokonhan kereta mainan nya tu. Tak pandai berdiri sepenuhnya, tapi boleh berdiri tanpa bantuan sesiapa, Cuma kereta mainan dia.

Kemudian, di situ ada kakanya Taliyah yang terus bersorak kegembiraan setelah melihat adiknya sudah pandai berdiri, kakak pun happy tau tengok adik dah pandai berdiri. Happy lah tu tak lama lagi adik dah jadi member dia main sana sini.

Inikan pula ibu bapa nya kan, lagilah gembira melihat progress dan perkembangan anak-anak kesayangan mereka ni. Biarpun nampak biasa saja, tapi iainya amat luar biasa dan moment istimewa bagi setiap ibu bapa.

Betul tak itulah moment yang paling ditunggu oleh ibu bapa sewaktu menyedari anaknya sudah mula pandai berjalan. Perasaan teruja tu sampai tak terkata kan, happy sangat, rasa terharu pun ada sebab anak-anak sudah besar.

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa melihat perkembangan anak-anak adalah salah satu fasa-fasa yang sangat mengembirakan setiap ibu bapa. Dah besar dah anak kita kan, rasa dulu baru je dukung, kini sudah bertambah usianya.

Sumber : Ig Atitaharis

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!