“Yg cakap isteri Remy Ishak tak lawa tu, sekurang2 nya natural beauty tanpa makeup” – Netizen

Sudah tertulis setiap orang yang lahir di muka bumi ini pasti diciptakan berpasangan oleh yang Maha Kuasa. Sudah ramai yang maklum bahawa rezeki, ajal, maaut bahkan jodoh itu sendiri sudah ditetapkan sejak kita masih berada dalam kandungan ibu lagi. Tugas kita sebagai manusia hanya berserah dan memohon agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan mampu membawa kita lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta.

Berita gmpar tentang hubungan pelakon hebat Mohammad Zalimei Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak ini telah menggegarkan berita hiburan sejak kebelakangan ini. Siapa sangka bahawa hubungan pertunangan yang pernah dijalin bersama Ezza Yusof dan putus ditengah jalan pada tahun 2019 itu akhirnya telah berjaya membawa pasangan ini dengan ikatan perkahwinan yang sah semalam.

Tidak pernah menampilkan hubungan rapat mereka berdua di khalayak ramai, ternyata berita itu telah mengejutkan ramai orang di luar sana yang meminati sosok pelakon kacak dan hebat ini.

Remy Ishak sendiri mengakui bahawa Ezza merupakan perempuan yang baik dan mampu bersamanya di saat suka dan dukanya dalam industri hiburan mahupun kehidupan peribadi.

Walaupun begitu, kedengaran masih banyak kritikan-kritikan pedas dan kurang baik dilemparkan kepada Ezza Yusof kerana tidak berpuas hati mengapa Remy telah memilihnya sebagai isteri.

Bukan sahaja itu, mereka di luar sana juga menjadikan rupa paras dan fizikal Ezza yang dikatakan tidak cantik sebagai persoalan kepada perkara itu.

Tetapi masih ramai mereka di luar sana yang tidak bersetuju dengan kritikan dan kecaman yang telah diterima oleh isteri Remy Ishak itu dengan mengatakan bahawa Ezza mempunyai keistimewaan dan ciri khas sendiri sehingga berjaya menambat hati pelakon kesayangan ramai itu. Ezza juga dikatakan mempunyai kecantikan yang alami walaupun tidak memakai sebarang alat solek di wajahnya itu.

Lapan tahun merupakan suatu jangka yang sangat panjang dalam menjalin hubungan percintaan. Pastinya banyak perkara yang telah mereka harungi bersama sebagai pasangan kekaasih ketika itu dan kini mereka memulakan kembali langkah itu sebagai pasangan suami isteri pula.

Rupa paras tidak harus dijadikan kayu ukur bagi memilih seseorang itu sebagai pasangan hidup kerana rupa paras yang cantik hanyalah sementara. Apa yang penting adalah kebaikan hati kerana itu yang dapat menjamin bagaimana masa depan seseorang itu sendiri.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasangan sejoli Remy Ishak dan Ezza Yusof ini. Semoga bahtera perkahwinan yang didirikan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber: ceritaartismalaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!