“Terasa tua sgt dah bila aunty tengok Lara dah besar camni”-Netizen

Siapa saja tak mengenali anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang bernama Lara. Rasanya, rata-rata sudah cukup mengenali si budak comel tu. Mana taknya, Lara ni sangat bijak budaknya. Suka sangat tengok telatah nya kan, sangat mencuit hati para netizen, ceria selalu budaknya.

Walaupun umurnya baru berusia 8 tahun, tetapi telatahnya sudah gaya macam orang dewasa sangat kan, bak kata netizen, sebijik macam mummy dia Scha Al-Yahya tu, yelah muka dah lah copy paste saja anak beranak ni.

Ada dimuat naik video Lara yang sudah pun terjebak dengan membuat review produk ya. Amboi bukan main lagi ye Lara ni, kalah mummy dengan daddy dia tau. Terkejut kita tengok Lara buat review sendiri, comel betul lah.

Dari awal-awal review sampai lah ke akhir, memang comel betul lah budaknya. Satu-persatu barang dia tunjuk kepada para netizen. Pandai betul lah dia ni, siapa lah yang ajar Lara buat review macam ni ye, dah macam pro dah tengok nya.

Katanya, dari mula record sampai lah post video, semuanya dia buat sendiri tau. Alahai pandai betul. Editing video, pemilihan lagu, dan lain-lain, semuanya dia buat sendiri. Amazing Lara, dah mewarisi bakat mummy dengan daddy.

Rata-rata netizen sangat teruja dengan video review Lara tu, mana taknya, bak kata mereka, dulu tengok Lara ni kecik je, lepastu harini dah buat video review sendiri tau. Cepatnya masa berlalu, betul tak ? Alahai, geram pulak.

Yang dulunya ditimang-timang, sekarang dah boleh edit video sendiri, pilih lagu sendiri buat video sendiri dan sebagainya. Ni memang betul-betul mewarisi bakat mummy dan daddy nya ya, betul tak ? Besar dah anak mummy dengan daddy.

Bak kata netizen juga, Lara ni sebijik lah muka macam mummy nya, senyuman pun sama-sama manis macam mummy tau. Nanti dah besar agaknya boleh take over terus ni job mummy dia. Tunggu masa je nak caras kan. Haha gurau je.

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa video Lara buat review tu sangatlah comel kan. Tak sangka dah pandai buat sendiri. Mesti mummy dengan daddy dia bangga kan dengan pencapaian Lara tu, dah besar dah anak mereka.

Sumber : Ig Laraalana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!