“Memang duk perati kaki tu jinjit, comel aih” – Netizen

Buat pasangan yang baru menimang cahaya mata, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kali ini dapat memberikan mereka lebih masa untuk memberikan perhatian terhadap ahli keluarga baru. Begitu juga yang dilalui oleh pasangan pelakon Sariyanti dan juga pelawak terkenal iaitu Jep Sepahtu yang baru-baru ini telahpun menimang cahayamata kelima mereka sekitar bulan Mei yang lalu.

Sebelum ini Sariyanti mahupun Jep masih belum mendedahkan wajah mahupun nama anak kelima mereka itu. Namun menerusi perkongsian baru-baru ini, Jep telah berkongsi sekeping gambar anak kelimanya serta mengumumkan nama anak bongsunya itu kepada para para pengikut di instagram.

Jep atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri berkata, nama anak lelaki bongsunya itu Abu Bakr bin Mohd Nadzri. Anak kelimanya yang dilahirkan pada 15 Mei yang lalu itu kini sudahpun berusia 2 bulan. Kehadiran bayi lelaki berkenaan telah melengkapkan lagi keluarga mereka yang kini mempunyai 5 orang anak.

Sebagai rekod Sariyanti sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil pernikahan beliau bersama seorang usahawan. Kedua-dua anak lelakinya itu juga sangat rapat dengan Jep dan adik beradik baru mereka. Bukan sahaja itu, anak-anak lelaki Sariyanti itu juga, malahan sering menghabiskan masa bersama Jep dan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan abah mereka itu.

Terkini menerusi instagram, Sariyanti telah berkongsi beberapa keping gambar beliau bersama keluarga sempena sambutan hari raya Aidiladha yang diraikan oleh umat islam hari ini. Menerusi hantaran tersebut Sari dilihat mengangkat kakinya sedikit di dalam gambar.

Kata ibu beranak lima itu lagi, beliau mengakui dirinya yang sememangnya bertubuh kecil molek mendorong beliau untuk berbuat demikian demi menampakkan kelainan daripada anak-anaknya.

Gambar yang dimuatnaik oleh Sari itu disertai ucapan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada para pengikut akaun instagramnya daripada beliau sekeluarga.

Sariyanti yang mempunyai seramai 3.3 juta pengikut di akaun instagram peribadinya mendapat kira- kira 80,000 tanda suka dan 397 komen terhadap gambar keluarga yang dikongsikan oleh beliau itu.

Rata-rata para pengikut instagram Sariyanti berkata mereka juga menyedari pelakon bertubuh kecil molek itu terpaksa “jinjit” kakinya di dalam gambar.

Terasa kemeriahan sambutan hari raya Aidiladha Sariyanti sekeluarga apabila kelima- lima orang anaknya berkumpul bersama apatah lagi dengan kehadiran dua orang anak lelakinya yang masih kecil iaitu Khaidir yang dilahirkan sekitar Jun tahun lalu manakala anak bongsunya Abu Bakr pula dilahirkan pada bulan Mei yang lalu iaitu setelah beberapa hari umat islam di negara ini menyambut ketibaan bulan Syawal dan merayakan hari raya Aidilfitri.

Gambar yang dikongsikan oleh Sariyanti itu juga dibanjiri ucapan selamat hari raya aidiladha daripada para pengikut akaun instagramnya. Berikut dikongsikan pula beberapa komen yang ditinggalkan oleh para pengikut beliau diruangan komen hantaran berkenaan.

Ramai yang suka melihat hubungan antara pasangan Jep Sepahtu dan Sariyanti dalam melayani anak-anak mereka. Semoga hubungan keluarga ini sentiasa diberkati dan bahagia selalu hendaknya.

Sumber : Instagram Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!