“Ni baru sepadan Dato, semoga ada jodoh”- Netizen

Selepas pelbagai cerita didengarkan oleh Dato Seri Vida atau Dsv, semalam kecoh di media sosial, beliau mahu menunjukkan siapakah insan yang bertuah mendapat jawatan pembantu peribadi beliau dengan tawaran gaji RM10 ribu sebulan. Sebelum menyiarkan wajah PA tersebut, beliau telah meminta peminat bersedia pada petang hari berikutnya untuk beliau umumkan dan memperkenalkan insan tersebut. Wah, macam calon suami pula mahu memperkenalkannya.

Pada jam 5.30 petang, beliau telah membuat siaran langsung dan sekaligus memperkenalkan PA beliau, yang agak pemalu orangnya.

Nama panggilan hanyalah Abang Qu, seakan dengan Qu Puteh, Qu Puteh. Abang Qu rupanya influncer terkenal dan beliau berkelayakan kerana kepetahan bertutur.

Kulit wajah yang tulus, berkaca mata dan lebih tinggi sedikit daripada Dsv, membuatkan beliau nampak agak sepadan dengan Dsv ketika menjual produk.

Penerimaan peminat juga agak menakjubkan kerana rupanya Abang Qu sudah mempunyai peminat tersendiri. Memang pandai Dsv memilih PA beliau, orang yang memang sudah popular di tiktok menurut netizen.

Memang bertuah empunya badan, dapat bekerja dengan usahawan yang berjaya malah baik hati. Jika ada jodoh tidak kemana. Namun rasanya, lebih baik fokus kerjaya dahulu.

Komen-komen netizen dan artis juga turut memberikan komen bahawa mereka telah mengenali PA Dsv, namun masih sukar mengingatinya.

Komen-komen mereka semua positif dan sentiasa menyokong Dsv. Antara komen-komen mereka seperti ini.

Diharap PA ini akan terus setia bersama Dsv, dan kekal lama dan tidak perlu Dsv mencari penganti. Jika berjodohan, jangan lupa war-warkan.

Sumber: ig datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!