“Dulu masa sy mula niaga 15 thn lepas, hanya mampu byr rm7 zakat setiap bln”- Aliff Syukri

Ibadah zakat merupakan rukun islam keempat yang wajib dilaksanakan terutama bagi umat islam yang memiliki harta melebihi nisab dan cukup syarat. Ibadah zakat juga adalah satu peringatan kepada umat Islam dalam menguruskan harta dengan betul kerana semua rezeki yang datang itu sebenarnya adalah hak mutlak Allah SWT dan wajib untuk diagihkan jumlah tertentu kepada golongan lebih memerluukan.

Malah kelebihan berzakat mampu membersihkan diri daripada sifat mazmumah dan berperanan membangunkan ekonomi umat islam dengan merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

Contoh usahawan popular yang sentiasa menunaikan zakat ialah Dato Aliff Syukri dan usaha murninya itu juga mampu dijadikan sebagai contoh terbaik buat kita semua. Mungkin hasil sumbangannya juga adalah rahsia kejayaan beliau sebagai usahawan popular di Malaysia.

Baru-baru ini, Aliff Syukri dikurniakan penghargaan daripada Puzat Zakat Selangor kerana beliau antara pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah sumbangan hampir 1 juta pada tahun 2021.

Aliff Syukri juga menceritakan kepada umum, pada awal perniagaannya 15 tahun yang lepas beliau hanya mampu membayar zakat sebanyak rm7 setiap bulan sahaja. Sehinggakan beliau menyimpan niat dan berazam untuk membayar zakat dengan lebih.

https://www.instagram.com/p/CghASWFAeZg/?

Perancangan Allah Swt adalah segala-galanya. Beliau akhirnya berjaya menyumbangkan jumlah wang zakat yang tinggi untuk membantu umat islam yang lebih memerluukan.

Ujar Aliff lagi, berkat doa ibu dan isterinya juga penyumbang kepada kejayaan beliau sekarang.

Menerusi posting video yang dimuatnaik Aliff Syukri di Instagram, kelihatan beliau cukup sebak apabila menerima penghargaan daripada Zakat Selangor baru-baru ini dan azam beliau untuk membayar zakat dengan jumlah wang yang tinggi juga tercapai.

Video beliau turut mengundang sebak buat netizen dan rata-rata netizen memberi kata-kata semangat serta bangga dengan pencapaian Aliff Syukri di ruangan komen.

Tahniah dan syabas buat Dato Aliff Syukri. Berkat doa seorang ibu dan isteri, akhirnya tercapai juga impian nak membantu golongan miskin.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!