“Untung awk Lara, nak apa semua ibu bapa awk turutkan”- Netizen

Lara Alana merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti Scha Al-Yahya dan bekas pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari. Sejak kecil, Lara Alana mempunyai instagram beliau sendiri yang di wujudkan oleh kedua ibu bapa mereka sebagai diari kecil untuk merakamkan kenangan sepanjang tempoh Lara membesar daripada bayi sehinggalah ke usia kanak- kanak. Lara Alana kini sudah berusia 8 tahun.

Baru-baru ini pasangan selebriti tersebut telahpun menimang cahaya mata kedua mereka pada 12 Februari tahun lalu. Anak kedua mereka itu telah selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur. Bayi perempuan seberat 3.2kg telah disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan teruja.

Pasangan selebriti itu juga sepakat memilih nama Lila Amina untuk anak kedua mereka itu. Pengalaman mereka berdua sebelum ini membesar dan menguruskan Lara Alana pastinya akan banyak membantu untuk menguruskan kelengkapan anak kedua mereka.

Walaupun tumpuan kini lebih kearah adiknya namun buat peminat Lara, akaun Instagram si cilik itu tetap menjadi perhatian bagi yang masih mengikuti rutin harian Lara Alana.

Baru- baru ini Lara telah menyambut hari ulang tahun kelahiran beliau yang ke lapan pada 22 Julai yang lalu.

Beberapa gambar dan video kenangan sepanjang majlis berkenaan berlangsung telah di kongsikan buat tatapan para peminat Lara.

Awal mendedahkan bahawa anak perempuanya itu sendiri yang meminta supaya beliau dan Scha menyediakan tema sambutan hari lahir mengikut keinginan beliau.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Lara, Awal Ashaari memberitahu bahawa tema hari ulang tahun kelahiran Lara pada tahun ini merupakan permintaan kanak- kanak tersebut sendiri. Lara mahukan aktiviti mandi manda pada hari ulang tahun kelahiranya namun perlu bertemakan watak kartun Encanto.

Demi memenuhi impian anak kesayangannya itu, Awal bekerjasama dengan sebuah syarikat pengurusan acara bagi merealisasikan tema majlis berkenaan. Lokasi yang menjadi pilihan beliau untuk meraikan hari ulang kelahiran anaknya itu adalah Sunway Lagoons.

Menjengah keruangan komen, para peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari lahir dan doa yang baik- baik buat kanak- kanak berkenaan.

Rata- rata yang telah mengikuti perkembangan Lara dari usia hanya beberapa bulan sehingga kini turut merasa tersentuh dan terharu dengan pencapaian dan perkembangan kanak- kanak tersebut. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis netizen.

Netizen juga berkata bahawa Lara begitu bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang sedaya upaya untuk memenuhi permintaan beliau.

Semoga Lara Alana membesar menjadi orang yang berguna dan kembali berbakti kepada kedua ibu dan bapa apabila sudah dewasa kelak.

Sumber: Instagram Lara Alana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!