“Ya Allah si jantan labuh ni, mana mmy ada di situlah dia ada tak serik2”- Mas Idayu

Kata orang bertemu buku dan ruas baharulah kena ‘regunya’. Begitu jua dengan dua insan yang kedua-duanya dikenali dek lantang bersuara ini. Buat yang terkena ‘laaser’ mereka ini kadang memang pedih. Begitupun tidak dinafikan apa yang ‘disembur’ dari mulut mereka itu ada benarnya. Tapi bagaimana jika kedua-duanya saling bertemu? Adakah boleh serasi jika duduk dekat bersama?

Dalam hantaran penyanyi, Mas Idayu ini tampaknya mereka masih ‘pantang’ jika dapat berjumpa. Ada sahaja yang nak digadvhkan. Pengacara dan selebriti, Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Ali ini masih tetap dengan perangainya yang suka menyakat Mas Idayu.

Peliknya tu biarpun saling bert1kam lidah’ mereka masih boleh tetap berjumpa dan berkawan dalam keadaan ‘bercakaran’ itu. Jika orang lain yang ‘disembur’ Azwan mesti dah terkedu, sebaliknya hanya Mas Idayu atau mesra menggelarkan dirinya ‘mummy’ ini dilihat mampu berdepan lelaki itu.

Buktinya ramai netizen yang bersetuju seperti yang dicoret di ruangan komen hantaran Mas Idayu. “Hanya mummy je mampu tonyoh”, “Mas Idayu je yg padan l4wan ckp dgn dia, kalau dgn org lain dia bvli nanti”, “hahahaha best tgk Diva A A ngan Mmy…padu wehhhh”, “Hahaaha bantai kan”, itu antara komen netizen.

Agak mencuit hati, dalam mereka ‘bergadvh’ itu, ada juga lawaknya. Teringat mereka pernah digandingkan dalam satu rancangan program TV tahun lalu, asyik ‘bergadvh mulut’ sahaja. Rasanya ia belum berhenti hingga ke hari ini.

https://www.instagram.com/p/CZtSWa8JSWz/

Menariknya dalam kapsyen hantaran Mas Idayu itu, menggelarkannya sebagai ‘jantan labuh’ menurut Mas Idayu Azwan sentiasa ada di mana dia berada. Tak serik katanya. Sama ada tak serik ‘dihamun’ semula oleh Mas Idayu hanya dia yang tahu.

Yang pasti sebelum ini, ratu dangdut itu pernah menegur secara terbuka sikap Azwan disifatkan bur0k yang tidak disukainya apabila tidak boleh menerima teguran. Huh berani Mas Idayu me’laser balik Diva AA ya…

Apa pun, dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini mengenai gandingannya dengan selebriti lain untuk program, Azwan berkata, dia sebenarnya seronok bekerjasama sekali lagi dengan Mas Idayu yang juga kawan baiknya.

Ketika mengulas, menurut Azwan, dia bukan menidakkan kredibiliti artis lain. Namun, sebagai pemerhati Mas Idayu dilihatnya adalah ‘ny4wa’ program sekarang. “Orang sukakan dia. Mungkin dia tidak palsu dan berterus-terang,” katanya. Pada fikirannya Mas Idayu ada ‘sesuatu’. Azwan juga menyifatkan di Malaysia ini ada beberapa artis sahaja seperti Mas Idayu dan Micheal Ang yang seumpamanya.

“Memang depan orang, kami suka bergadvh, tetapi, hakikatnya, kami baik-baik sahaja dan tidak simpan dalam hati,” katanya kepada akhbar itu. Oh… jadi kawan baiklah dengan Mas Idayu ni… Buat netizen jangan risau atau jadi batu ap1 ya. Mereka gadvh-gadvh manja saja…

Sumber : Ig Mas Idayu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!