“Alahai soalan adik tu, artis Malaysia ek, comel Pak Nil jwb balik eh” – Netizen

Siapa yang tidak kenal pengacara dan selebriti popular yang sudah kira-kira tiga dekad berada di pentas seni dan media ini. Berbekalkan identitinya yang profesional dan serba boleh, Datuk Aznil Hj Nawawi atau mesra membahasakan dirinya Pak Nil dikenali dek keramahan dan kemesraannya bukan sahaja dalam kalangan rakan setugas dan sekeliling, tetapi juga ketika bersama masyarakat luar.

Lihat sahaj4lah kemesraannya dengan seorang kanak-kanak lelaki ketika sedang berada di sebuah restoran makanan segera ini. Tanpa mengenali atau dikenali, Aznil sendiri yang terlebih dahulu menegur si cilik di hadapannya yang ketika itu hendak memesan makanan.

Sempat beliau menawarkan diri untuk belanja kanak-kanak yang memberitahu namanya ‘Putera’ itu. Dalam pada itu, agak mencuit hati tatkala sambil menunggu pesanan makanannya, adik Putera menanyakan sama ada Aznil seorang artis Malaysia.

Yang comelnya apabila Aznil menjawab: “Artis Indonesialah… datang sini untuk Big Stage (program TV)…”. Sambil menghulurkan makanan yang sudah siap, sempat Aznil berpesan agar adik Putera belajar rajin-rajin. “Jadi artis popular Bukit Selambau” katanya sambil Putera berkali-kali mengucapkan terima kasih.

Adeh… ‘sempat’ lagi Pak Nil kat situ ya. Memang tak dinafikan kemesraan Aznil apabila bertemu orang luar apalagi kanak-kanak semesra dirinya ketika mengacarakan rancangan si cilik popular, Tom-Tom Bak suatu ketika dahulu.

Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan respons terhadap perkongsiannya itu. “artisindonesia balik sbb big stage hehehe mndlm tu mksudnya”, “Anak ni tak perasan kot siapa yg belanja dia.

Kalau dia tgk semula video ni mesti dia seronok sgt..”, “Dia x sempat tengok Tom Tom Bak dan Macam2 Aznil…dah lama x ada kat tv .. Tu sbb dia keliru jap ..artis Msia”, “love u pak nil…. suka tgk cara pak nil layan anak2”, itu antara komen netizen.

Dek hantarannya itu, tak kurang yang mendoakan agar Aznil sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Ada juga yang berkongsi pengalaman dapat berjumpa sendiri dengan Aznil yang disifatkan sememangnya seorang yang mesra dan tidak s0mb0ng.

Pastinya tidak hairanlah kalau beliau disayangai ramai. Di luar bidang seni, Aznil juga terlibat dalam pelbagai acara amal, kempen dan aktiviti kebajikan seperti Kempen Jom Ganyang Aedes anjuran Kementerian Kesihatan.

Aznil juga dilantik sebagai Duta Perpaduan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Duta Sihat 1Malaysia, dan Ikon Cinta Malaysia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata: Fildza Haifa (Fifi), Fariq Haizen (Riki), dan Firdaus Hariz (Riz), hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Zauyah Tarmizi.

Sumber : Ig Datuk Aznil Nawawi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!