“Tak nak Mat Kilau”- Fatima

Filem Mat Kilau telah berjaya pecah panggung sejak ditayangkan 23 Jun lalu. Siapa sangka, filem biografi epik ini telah cetus fenomena yang luar biasa sehinggakan ramai masyarakat melayu kita terasa semangat membara dan berkobar-kobar selepas menonton filem berkenaan. Tak dinafikan, filem Mat Kilau mampu membuka mata kita semua untuk terus pertahankan tanah air dan lebih menyayangi negara Malaysia.

Fenomena filem Mat Kilau telah berjaya menawan hati ramai rakyat Malaysia dan lakonan Adi Putra pula menambat hati ramai wanita di luar sana.

Tidak terkecuali, lakonan Fattah Amin pun cukup hebat menerusi filem itu. Fattah pun antara barisan pelakon utama dalam Mat Kilau dan sesuai berganding dengan Adi Putra serta Betto Khusyairy.

Baru-baru ini, program realiti Muzikal Lawak Superstar yang disiarkan di saluran Astro telah menjadi perhatian penonton menerusi kumpulan Ubi yang telah menjemput Fattah Amin sebagai artis jemputan bagi memeriahkan persembahan mereka dengan tema filem Mat Kilau.

Apabila Fattah muncul di kaca televisyen, orang pertama yang teruja melihatnya sudah tentu cahaya mata sulung Fattah sendiri iaitu Fatima.

Fattah telah muncul di dalam televisyen menerusi program realiti muzikal lawak superstar dan kelihatan Fatima tak lepas pandang bapa kesayangannya di skrin televisyen.

Gelagat Fatima pun cukup geli hati tatkala melihatnya, hanya bapanya sahaja yg dia mahukan. Manja dan rapat sungguh ye fatima dengan Fattah.

Sebuah posting video yang menunjukkan gelagat comel Fatima telah dimuatnaik oleh peminat setia Fazura dan video tersebut telah menerima banyak tontonan serta tanda suka oleh netizen.

Rata-rata peminat akui suka melihat gelagat Fatima yang petah bercakap dan cukup bijak.

Makin membesar makin kuat bercakap ye Fatima ni, alhamdulillah bagusnya tengok perkembangan Fatima sekarang. Dah besar ni mesti cantik macam mommy dia kan..

Sumber: Instagram lovelyfatima

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!