“Kalau dia ni aku tak mahu tengok tv terjerit jerit tiada akhlak, bagilah salam” – Netizen

Nama penceramah agama Ustaz Abdullah Khairi cukup terkenal menerusi beberapa siri ceramah beliau di media sosial. Menariknya mengenai Ustaz Abdullah Khairi ini beliau menggunakan pendekatan seperti “jerkah” apabila menyampaikan ceramah dan teguran beliau kepada para pendengar. Suara beliau yang cukup kuat dan tegas itu adakalanya membuatkan para pendengar terkjut namun turut terhibur.

Menyingkap sisi peribadi beliau, sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai seorang jurutera sebelum mendalami bidang agama. Bapa beliau merupakan insan terpenting yang mencetuskan minat beliau untuk mendalami bidang ilmu agama.

Ustaz Abdullah Khairi mempunyai sebuah pusat tahfiz sukan pertama di Malaysia iaitu Maahad Tahfiz As-Syafie (MATAS) di Kampung Lubok Meriam Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Maahad berkenaan terbuka kepada pelajar yang berminat dalam bidang sukan dan mereka dibenarkan bersukan sebelah petang selepas menghafal satu muka surat Al-Quran.

Terkini menerusi instagram, Ustaz Abdullah Khairi telah berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan kritikan yang beliau terima daripada beberapa orang netizen di laman sosial facebook. Menerusi perkongsian itu juga Ustaz Abdullah Khairi berkata sudah menjadi adat dalam menyampaikan ceramah dan dakwah pasti ada yang suka dan kurang suka dengan cara beliau.

Namun begitu jika menunggu untuk orang suka kita, berkemungkinan besar sehingga dalam kubur pun akan ada yang tak suka. Ustaz Abdullah Khairi bagaimanapun tidak mengambil hati dengan kritikan yang diterima beliau itu malahan mendoakan supaya netizen tersebut mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka. Menurut Ustaz Abdullah Khairi lagi, jika mengikut ilmu psik0logi jika mus0h perlu maafkan.

Menjengah keruangan komen, rata-ratanya pengikut akaun instagram berkata mereka menyenangi cara Ustaz Abdullah Khairi dalam menyampaikan ceramah kerana bagi mereka setiap ustaz mempunyai kaedah mereka sendiri untuk menarik para pendengar.

Tambahan pula cara Ustaz Abdullah Khairi yang memberikan ceramah dan menegur dalam nada suara yang agak kuat dan tegas membuatkan para pendengar lebih cepat faham dan lebih mudah memberikan tumpuan kerana merasa terhibur dan tidak mengantuk.

Para pengikut akaun instagram Ustaz Abdullah Khairi juga meminta penceramah berkenaan agar tidak menghiraukan pendapat netizen yang tidak menyenangi cara beliau kerana masih ramai lagi yang memberikan sokongan terhadap dakwah dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khairi.

Ada juga pengikut akaun Ustaz Abdullah Khairi yang berkata mereka merindui suara Ustaz Abdullah Khairi yang kuat itu semasa memberikan ceramah. Berikut dikongsikan beberapa pandangan para pengikut akaun instagram Ustaz Abdullah Khairi terhadap isu berkenaan.

“Cra org utagha bila bckap nmpk ksar tapi lembut baik ja hati budi . Rsa xboleh trima kna cek hati sndiri mgkin ad mslah hati tang mana2 pak cik oi . Kmi skong ustaz syok dngaq crmah smbil jerkah “ – Netizen

“Saya kalau duk kena hat jerkah2 ni lg saya suka nak tgk. Baru masuk kot telinga sampai ke otak pemikiran.. hiilang mengantuk oo.. setan pun takdan nak mai singgah ustaz hahahaha” – Netizen

“Takpe ustaz..dulu pon saya tkejut2 tgk ustaz jerit..pastu sy ade tgk iv ustaz dekat show acmizal, katanya ustaz dulu cikgu disiplin..patut laaa.. pape pon ustaz mmg terbaik..ceramah best” – Netizen

“Dia xsuka sudah la ustaz.. abaikan.. sy suka dengaq.. family sy suka cara ustaz.. besa la.. kita org utara..xjerkah xpaham. haha..” – Netizen

“Sy suka cara ustaz sbb xmngantuk,nada tegas/garang tu kne ada biar tersentak sket kte ni..asek nk ckp lembut2 je..yg xsuka tu hati tisu.. hihi..” – Netizen

Sudah menjadi adat didunia ini bahawa tidak semua orang akan suka dengan cara kita dalam menyampaikan sesuatu. Semoga kritikan yang diterima oleh Ustaz Abdullah Khairi itu tidak mematahkan semangat beliau dalam meneruskan usaha beliau menyebarkan dakwah dan memberi ceramah agama kepada orang ramai.

Sumber : Instagram abdullahkhairi_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright  akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!