“Ya Allah Mateen, betul2 jiwa kampung boy lah u”- Netizen

Pernahkah anda mendengar lagu ‘Anak Kampung’ nyanyian penyanyi Jimmy Palikat? Pasti pernah dengar kan. Lagu ini cukup popular suatu ketika dahulu, cukup legend lagu ini. Sehingga kini masih lagi kedengaran lagu ‘Anak Kampung’ yang sememangnya mengisahkan seorang anak kampung menerusi bait-bait lirik lagu itu.

Jika di Malaysia, ramai selebriti tempatan kita yang berasal daripada kampung tempat kelahiran mereka. Tidak terkecuali, pelawak Shuib pun berasal dari Johor.

Bagi Shuib, pengalamannya menjadi budak kampung adalah pengalaman yang cukup berharga. Serba-serbi beliau tahu tentang semuanya ketika pernah menetap di kampung dahulu.

Tak dinafikan, banyak perkara yang kita boleh belajar di kampung antaranya dapat belajar memancing ikan. Memang kesukaan ramai kauum lelaki bila dapat memancing, kan?

Pengalaman Shuib sebagai anak kampung telah diturunkan kepada anak-anaknya. Termasuklah Mat1n yang gigih belajar ilmu menangkap belut daripada bapanya sendiri.

Menerusi perkongsian video oleh Shuib di laman Instagram, kelihatan Shuib mengajar mat1n menangkap belut di kawasan sawah padi di kampung halaman Shuib sendiri.

Mat1n pun kelihatan teruja dapat menangkap belut buat pertama kalinya. Berani betul Mat1n sama macam ayah dia..

Bila dapat buat macam-macam aktiviti di kampung, memang dapat gamit memori ketika waktu kecil. Anak-anak Shuib pun beruntung dapat belajar macam-macam dekat kampung.

Sementara itu, video Shuib telah menerima 648,000 tontonan dan pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata netizen teruja melihat Mat1n dan memuji kehandalan Mat1n menangkap belut hasil didikan bapanya.

Seronoknya tengok Mat1n duduk kampung, macam-macam boleh belajar dengan ayah dia. Macam ni lah baru bagus, biar anak-anak belajar ilmu menangkap belut macam orang zaman dulu selalu buat..

Sumber: instagram Shuib

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!