“Bagilah lagu apa, tetap power”- Netizen

Tiap kali ada lagu baru, mesti tak sabar nak tunggu artis kegemaran kita cover lagu tersebut kan. Mana taknya, sebab kita tahu suara mereka merdu dan kita nak sangat dengar lagu baru versi artis kegemaran kita, pasti diulang-ulang versi cover tersebut sampai lah rasa bosan.

Antara penyanyi yang selalu buat cover ialah Aina Abdul, Ernie, Shila Amzah dan ramai lagi. Yang paling syok, mereka rajin layan request peminat mereka, bila diminta lagu sekian-sekian, pastu esok lusa terus dicover oleh mereka. Best kan, ramah sangat melayan peminat mereka.

Ada juga yang cover lagu dalam rancangan hiburan seperti Sepahtu Reunion. Kalau anda peminat rancangan hiburan sebegini, pasti akan terhibur dengan babak-babak yang dilakonkan oleh mereka. Boleh hil4ng stress penat bekerja dek kerana asyik ketawa dan enjoy dengan rancangan tersebut.

Baru-baru ini lagu baru Casablanca sangat popular, viral nya bukan main lagi, sampai ke taraf antarabangsa. Dari pagi sampai malam, pasti akan dengar lagu tersebut dari corong-corong radio. Memang enak didengar.

Ernie yang menjadi tetamu jemputan pada malam rancangan Sepahtu Reunion ada cover lagu Casablanca tersebut, walaupun tidak buat full cover, tapi rata-rata netizen memberi impak yang positif dan memberangsakan.

Ramai yang terpaku kerana kemerduan cover tersebut. Mana taknya, kita dah sedia maklum dengan bakat yang diperolehi oleh Ernie dan lagu Casablanca pun best, lagilah mencunak-cunak rasa excited nak dengar tu. Tapi tulah, Ernie tak buat full cover.

Ramai peminat nya yang tak sabar nak dengar full cover dari Ernie dan berduet dengan Syamel. Fuh, kalau betul-betul ada full cover, memang terus orang serbu duk pakat search cover mereka. Cari di Youtube, dan semua platform lah.

Masih ingat lagu duet Ernie dan Syamel yang sangat viral suatu masa dahulu yang berjudul “Aku Cinta”. Ketika tu, memang popular dan viral lagu duet mereka, persembahan dan tenaga yang diberikan sangat hebat. Hingga kan ramai yang buat reaction dan komen yang positif terhadap persembahan tersebut.

Pun begitu, kita masih menunggu cover dari mereka, ramai juga yang minta Ctdk untuk cover lagu. Apa-apa pun tunggu jelah kalau-kalau suatu hari nanti mereka akan buat cover tu Casablanca tu ye. Semoga permintaan dari peminat diterima.

Sumber : Ernienators_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!