“Cantiknya Khadijah, kaalah mak”- Netizen

Siapa je tak kenal anak-beranak Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida kan, rasa-rasanya, dari bonda hingga ke bibiknya, semua orang pasti kenal. Mana taknya, mereka rajin memuat naik video dan gambar ahli keluarga mereka media sosiial. Pun begitu, banyak sangat telatah dan gelagat anak-beranak ni. Dato’ Alif kan lawak orangnya.

Ramai juga yang memuji akan kecomelan anak-anak Datin Shahida, semua muka copy paste muka nya. Datin kan lawa, anak-beranak pun auto lawa lah kan. Putih gebu macam Datin dan Dato. Dahla bijak-bijak belaka, banyak cakap pula tu, sama macam parent nya.

Tiap kali mereka memuat naik video di Instagram, pasti ramai yang komen, tiap hari ada saja celoteh nya. Bermacam ragam. Kadang-kadang pasal itu, kadang-kadang pasal ini,tak pernah kering idea walaupun sehari dua.

Baru-baru Datin Shahid ada memuat naik video beliau dengan anak keduanya yang bernama Qhadejah. Rasanya, ramai dah kenal siapa empunya badan ni kan. Pastinya si puteri yang cantik dan gebu sama seperti bondanya.

Datin Shahida yang memuat naik video nya bersama Qhadejah, yang hanya berjalan ataupun catwalk bersahaja, mendapat banyak pujian dari netizen. Mana taknya, bagaikan melihat dua orang bidadari di situ. Sejuk je mata memandang mereka.

Pun ramai yang mengatakan mereka seolah-olah kembar, mana satu adik mana satu kakak ? Walaupun hakikatnya mereka adalah anak-beranak, tapi memang tak dapat dinafikan bahawa Datin Shahida masih kelihatan anak dara walaupun sudah ramai anaknya.

Qhadejah El Zahra atau mesra dipanggil sebagai Cess itu masih lagi di bangku sekolah, tapi kecantikan nya memang tidak dapat dinafikan lagi, cantik dan manis sangat orangnya. Dah nampak macam sebaya macam Datin Shahida dah walaupun di usia masih muda.

Antara komen netizen ialah “Cantiknya dua beranak ni”, “Cantiknya dua beranak ni jumpa depan-depan”, “Cam adik beradik” dan sebagainya. Sememangnya Cess yang baru saja berumur 12 tahun, tak sangka kan Cess masih muda, ingatkan sudah ke alam sekolah menengah.

Justeru, tak dapat dinafikan, kanak-kanak zaman sekarang dah pandai melawa, kalah kita yang orang tua ni, sudah pandai melaram. Mereka kadang-kadang lebih banyak tahu ini itu lebih dari parent nya mungkin dari pengar0h sekelilingnya. Betul tak ?

Sumber : Ig Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!