“Dia punya cun melet0p bergaya sekali hisap botol” – Netizen

Kecomelan wajah anak kepada pasangan pelakon, model dan usahawan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sering menjadi sebutan sejak dari dahulu lagi. Semakin membesar kejelitaan wajah Aishah Dhia Rana semakin menyerlah. Dan kini pada usianya yang sudahpun 6 tahun, Aishah Dhia Rana yang mesra di sapa sebagai Ecah ini semakin bijak bergaya.

Tidak cukup dengan ibu, Ecah juga sepertimana ibunya Rozita, sangat petah bercakap. Kanak-kanak tersebut juga mempunyai pengikut mencecah 1.5 juta di media social. Ecah yang juga sudah memulakan sesi persekolahan adakalanya dilihat sedang membuat kerja sekolah dan dibantu ibunya.

Ecah sekarang boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu dengan sangat baik walau hanya baru berusia 6 tahun.

Tengok lah sahaja video-video yang muatnaik oleh ibu bapanya di instagram, petah betul Ecah ni bercakap.

Video terkini yang dikongsikan memaparkan gelagat Ecah yang sedang leka minum susu menggunakan botol di rakamkan oleh ibunya dan dikongsikan menerusi instagram kanak-kanak itu.

Apa yang lebih mencuit hati adalah pakaian Ecah ketika itu kelihatan begitu bergaya dengan tudung serta anting-anting yang besar.

Instagram yang diwujudkan oleh ibu bapanya sejak Ecah masih kecil itu menjadi sebagai diari yang merakamkan segala aktiviti Ecah sejak dari kecil sehingga kini. Gelagat Ecah juga sering mencuri tumpuan netizen dan video-video si cilik itu juga mencecah ratusan ribu tontonan setiap kali dimuatnaik.

Ragam Ecah minum menggunakan botol membuatkan netizen begitu terhibur kerana walaupun kanak-kanak tersebut suka bergaya serta sering berlakon seperti orang dewasa namun hakikatnya Ecah masih seorang kanak-kanak yang masih minum menggunakan botol susu. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

Ecah ni suka bergaya sebijik macam mak dia. Panjang akal pula tu, ada sahaja idea kreatif kanak-kanak itu berpakaian. Sebelum ini Ecah pernah menggayakan seluar dalam sebagai baju. Video seterusnya Ecah menjadikan seluar tidurnya sebagai dress pula.

Semakin membesar wajah kanak-kanak tersebut semakin mewarisi kejelitaan ibunya. Telatah anak beranak itu juga turut mencuit hati apabila dikongsikan oleh ibunya itu menerusi instagram Ecah sendiri.

Sumber : ig aishah dhia rana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!