“Yang penting comel naw Amyra Rosli masa kecik”- Netizen

Setiap anak sudah pasti mempunyai personaliti tersendiri. Bermula dari anak sulung hinggalah anak bongsu, mereka pasti ada kekurangan dan kelebihan. Bila sebut sahaja anak sulung, pasti korang sudah tahu karakter utama mereka adalah seorang yang tegas dan gaarang. Memandangkan anak sulung ini selaku kakak atau abang yang bertanggungjawab, mereka mempunyai sifat sedemikian. Betul kan?

Siapa sangka, Pelakon Aamyra Rosli juga adalah seorang kakak sulung dalam kalangan adik beradiknya. Tengok pada karakter Aamyra, beliau sememangnya seorang yang lemah lembut dan harapan dalam keluarganya.

Aamyra sendiri mendedahkan menerusi posting video di Instagram, beliau antara salah seorang anak sulung dan berkongsi beberapa gambar ketika waktu kecil.

Comel dan manis je tengok gambar Aamyra waktu kecil. Dari kecil dah comel, dah besar cantik sangat. Sukanya tengok Aamyra.

Malah, Aamyra sempat mengimbau kenangannya ketika kecil dan akui seorang yang mudah terasa jika maarah. Fakta anak sulung katakan, betul ke? Hehe..

Sementara itu, gambar sewaktu Aamyra kecil telah mencuri tumpuan ramai netizen. Rata-raya netizen memuji wajah comel Aamyra ketika waktu kecil.

Malah kapsyen Aamyra yang berbentuk soalan juga telah menerima banyak jawapan serta respon daripada netizen.

Ada juga sebahagian netizen yang bergelar anak sulung tidak mempunyai karakter sama seperti personaliti yang sinonim dengan anak sulung disebut dalam video Aamyra.

“Ye betul anak sulung semua ada mcm tu, sikap selalu pendam perasaan yes saya, anak perempuan sulung hadir”-Netizen

Dan sememangnya ada juga yang bersetuju dengan fakta karakter anak sulung. Kalau anda bagaimana pula?

Sumber: Instagram aamyrarosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!