“Dagu tu mahal ikut mama dia”- Netizen

Ramai yang cukup mengenali Jep Sepahtu sebagai pelawak dan bakatnya dalam dunia lawak tanah air juga di akui oleh orang ramai. Jep yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Sepahtu itu juga sering tidak mengecewakan para peminatnya apabila membuat persembahan bersama kumpulan tersebut di rancangan Sepahtu Reunion Live yang bersiaran setiap hari Khamis.

Gelagat serta lawak spontan Jep mengusik para tetamu jemputan dan juga rakan- rakan pasti menghiburkan ramai. Jep mendirikan rumahtangga dengan pelakon manis Sariyanti Februari 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara yang kini berusia empat tahun, Muhammad Khidir yang berusia dua tahun, dan Abu Bakr yang berusia satu tahun.

Bukan sahaja di pentas bersama para tetamu jemputan namun sebagai bapa juga beliau kuat menyakat anak- anaknya terutama anak daranya Dariya Inara.

Lumrah sebagai anak perempuan, anak daranya itu mempunyai pelbagai gelagat yang lucu. Video beliau bersama anak- anak juga menerima pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jep yang suka menyakat anak- anaknya.

Sebelum berkahwin dengan Jep, Sariyanti sebelum ini telahpun mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq. Bagaimanapun jodoh beliau tidak panjang apabila membuat kepuutusan untuk berc3rai pada Disember 2014.

Sebagai ibu yang penyayang, Sariyanti sering berkongsi beberapa gambar beliau bersama anak- anak diinstagram. Terbaru, Sariyanti berkongsi gambar anak keduanya Baasit bersama anak bongsunya Abu Bakr.

Melihat perkembangan terbaru anak- anak pasangan itu, wajah anak bongsu kepada pasangan Sariyanti dan Jep Sepahtu iaitu Abu Bakr saling tidak tumpah seperti ibunya Sariyanti.

Abu Bakr mempunyai dagu yang runcing dan mata yang bulat dan comel. Menjengah ke ruangan komen di perkongsian gambar berkenaan, ramai yang memuji wajah Abu Bakr yang comel itu.

Rata- ratanya juga berkata wajah Abu Bakr seiras sungguh seperti ibunya Sariyanti. Seperti kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.

Berikut di kongsikan pula antara komen- komen lain yang di tulis oleh netizen yang di tinggalkan di perkongsian hantaran di media sosial Sariyanti berkenaan.

Alahai comel betul lah Abu Bakr ni ya.  Nampaknya di usia masih kecil, wajah Abu Bakr seiras benar seperti mamanya Sariyanti. Suka tengok keluarga ini jika berkumpul membuat aktiviti bersama anak- anak.

Sumber: ig sariyanti

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!