“Kemain dia perli mama” – Netizen

Anak kecil kepada pelakon yang bernama Eyra Hazali ini sangat comel orangnya. Kini beliau sudah mempunyai dua orang cahaya mata yang bernama Hayder dan Endra. Sememangnya Hayder ini tersangatlah banyak ragam nya, yelah budak-budak nak meningkat dewasa kan, makin banyak lah idea dan ragam nya.

Hayder ni sangat pemurah dengan senyuman nya. Tapi tengok cara dia senyum, rasa nak tarik je pipi tu, geram betul. Comel sangat lah style senyum macam tu. Dahla banyak celoteh nya. Sabar jelah kalau ada anak macam tu kan.

Ada dimuat naik video Hayder dan mama nya di sebuah kedai kasut. Sudah semestinya lah mereka nak pergi beli kasut baru kan. Kelihatan Hayder yang sedang berdiri di hadapan cermin besar di dalam kedai tersebut sedang berposing.

Tak lama kemudian, Hayder diarahkan untuk ke tepi sedikit kerana mama nya ingin mencuba pakai kasut tersebut. Yelah nak tengok sesuai tak dengan kehendak kan, nak tengok selesa atau tak. Nanti kalau tak selesa, rugi pula terbeli, dan nanti tak pakai.

Dah namanya perempuan kan, bila dah duduk depan cermin tu, bermacam-macam gaya lah dibuatnya, posing cara itu dan ini. Bukan nya berposing,cuma nak test kasut baru lah katakan. Tapi bermacam-macam ragam nya pula jadinya.

Apa yang menarik perhatian netizen setelah melihat gelagat Hayder yang mengajuk setiap pergerakan mama nya tu. Amboi, bukan main lagi eh dia tiru aksi mama nya itu. Geram je tengok cara dia ikut posing. Cubit nanti baru tahu.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan aksi Hayder tu. Yelah, kecik-kecik dah pandai ajuk mama dia eh, geram je tengok dia ni. Mesti sebab selalu tengok mama buat gaya macam tu, sebabtu boleh tertiru mama dia posing macam mana kan.

Memang anak-anak kecil ni mudah mengikut apa yang orang tua mereka lakukan. Mereka suka memerhati dan meniru aksi dan gaya yang mereka lihat di sekeliling. Sebab tulah kot, bila Eyra duduk depan cermin, Hayder dah tahu mama dia nak buat apa kan.

Justeru, tak dapat dinafikan bahawa mereka semua ni memang comel-comel belaka. Geram nak sakat dan gurau-gurau manja dengan mereka. Dahla jenis banyak akal, tak duduk diam, ada saja aktiviti yang nak dilakukan nya.

Sumber : Ig Haydervangers

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!