“Semua sayur Rina makan, geram je tgk dia makan” – Netizen

Semakin hari semakin sihat Rina. Seronok ya melihat Rina berselera setiap kali waktu makannya. Pelbagai jenis makanan yang sudah diberikan, dan semuanya adalah sihat-sihat belaka. Terbaru, makanannya berasaskan sayuran sahaja. Memang akan mendapat perhatian daripada netizen dan meminta ilmu yang Maryam gunakan untuk mengajar anaknya memakan sayuran juga. Perkara yang sangat penting.

Bukan saja Rina sudah pandai makan sayur-sayuran, malah Rina makannya secara sendiri menggunakan j4ri mari yang halus itu.

Anak kacukan korea ini sangat menjadi perhatian setiap kali waktu makannya dirakam dan diperkongsiankan oleh Maryam. Akan menjadi tanda tanya buat penonton yang turut mahu belajar memberikan anak yang berusia 10 bulan makan dengan sendiri.

Selalunya makanan yang diberikan kepada anak-anak kecil ini adalah lobak merah, atau pun br0kolli tapi kali ini, kelainan Maryam adalah beliau mempelbagaikan menu. Terung menjadi menu utama.

Seronok betul melihat keletah dan suapan Rina yang sangat kemas dan semangat. Sikapnya yang tidak endahkan hal yang lain membuatkan beliau menjadi perhatian.

Jika setiap hari ada perkongsian beliau, ramai mak-mak yang diluar sana mahukan bantu4n daripada Maryam agar dapat mengajar juga sama-sama anak mereka untuk menggemari sayuran.

Pelbagai komen-komen yang diberikan. Antaranya semua memuji cara layanan sikap matang Maryam membuatkan Rina pandai menyuap makanan dengan sendiri dan mengajar tidak memilih makanan.

Selalunya komen minta diajar cara memberikan anak makanan dan ada juga komen minta cara memasaknya sayur yang diberikan. Antara komen-komen netizen, semuanya banyak tentang pujian terhadap Rina. Lihatlah komen-komen mereka.

Maryam dan Ryzal pasangan ikon masyarakat, bukan saja dikenali di Malaysia tetapi mereka juga dikenali oleh rakyat Korea. Masih menetap di Malaysia,dan belum membuat lawatan ke kampung halaman Maryam di Korea.

Sumber: ig durinkimchijunior

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!