“Mak Iti belum pandai swimming ye, comey je bergayut”- Netizen

Zaman sekarang ni, sudah ramai ibu bapa yang mula menghantar anak-anak mereka ke kelas belajar berenang di usia yang masih kecil. Takpun, mereka sendiri yang mengajar anak-anak mereka berenang di waktu laapang atau hujung minggu. Kalau mereka yang sudah ada kolam di rumah tu, senang lah,tak payah pergi jauh-jauh untuk berlatih.

Sememangnya banyak manfaat yang dapat diperolehi jika seseorang mula belajar berenang, lebih-lebih lagi di usia yang masih kecil. Nanti dah besar, takde lah baru terkial-kial nak belajar berenang kan. Sebab dah belajar dari kecil.

Termasuklah anak kepada penyanyi terkenal Tokti yang bernama Afwa tu. Meskipun Afwa masih kecil dan baru berusia satu tahun lebih, tapi nampaknya Tokti sudah mula melatih anak nya itu tidak takut bermain air. Sama-sama berlatih berenang kot. Takpun main air saja.

Ada dimuat naik video oleh beliau yang mana beliau yang sedang bermain air dengan Afwa. Kelihatan Afwa yang lengkap dengan pelampung nya yang berwarna pink, manakala Tokti juga siap ada pelampung sendiri tau, siap pakai pool noodle lagi.

Sememangnya aksi anak-beranak itu tersangatlah comel. Tak tahu siapa yang nak belajar berenang, Tokti atau pun Afwa, bukan apa, bak kata netizen, comel sangat tengok Tokti terkuak-kuak dengan pool noodle nya itu.

Sudah semestinya Tokti memakai pelampung iaitu pool noodle sebegitu untuk memastikan badan nya terapung, jadi mudahla bagi beliau untuk mekatih anak nya itu. Tapi, nampak macam Afwa terlalu selesa je dengan pelampung nya tu. Geram tau.

Pun begitu, ramai yang memuji akan kecantikan Tokti yang tidak memakai make up ketika sedang melatih anak nya itu. Bak kata mereka, tak pakai make up, masih nampak cantik, malahan nampak seperti awet muda dan anak dara tau.

Selain itu, mereka semuanya terhibur melihat anak-beranak tersebut yang berlatih berenang. Comel sangat tengok kedua-duanya memakai pelampung sebegitu rupa. Yang paling comel, mestilah Tokti kan. Dengan kakinya yang terkuak-kuak tu.

Justeru, bolehlah pakat hantar anak-anak ke kelas belajar berenang. Bukan apa, banyak manfaat nya yang akan kita dapat. Bukan saja pandai berenang, malah iainya melatih individu supaya lebih focus dan sebagainya.

Sumber : Ig Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!