“Nampak mcm arwh siti sarah yg mintak duuit kt bapak”- Netizen

Semua cahaya mata kepada selebriti Shuib Sepahtu antara menjadi perhatian ramai netizen di laman sosial media. Dari anak sulung hinggalah anak bongsu, semuanya memiliki peminat mereka sendiri. Gelagat anak-anak Shuib juga selalu menghiburkan hati netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka sekeluarga. Semenjak pemergiaan allahyarham Siti Sarah Raisuddin, anak-anak Shuib dan arw4h Sarah cukup tabah melalui kehidupan mereka empat beradik.

Anak sulung kepada Shuib dan arw4h Siti Sarah iaitu Uwais antara si cilik yang sering mencuri perhatian dengan gelagatnya. Melihat Uwais ini, terserlah sikap penyayang sebagai seorang abang sulung.

Uwais pun nampak lebih pendiam berbanding Mat1n. Dan tak disangkal lagi, wajah Uwais sangat iras dengan arw4h ibunya.

Melihat kehidupan anak-anak Shuib, mereka cukup rapat dengan datuknya iaitu penyanyi veteran Raisuddin Hamzah. Lebih-lebih lagi buat Uwais yang sememangnya rapat dengan datuknya.

Baru-baru ini, sebuah video cukup melucukan telah dikongsi oleh pemegang akaun Instagram arw4h Siti Sarah. Video tersebut menunjukkan gelagat lucu Uwais terhadap datuknya.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Uwais meminta duit daripada datuknya. Paling geli hati melihatnya apabila gelgat Uwais selamba meninjau dompet milik datuknya.

Amboi Uwais, sempat lagi ye curi-curi tengok dompet datuk kesayangannya hehe..

Tak dinafikan, Uwais antara yang sentiasa bersama dengan datuknya pada setiap masa. Nampak rapat betul hubungan datuk dengan cucu kesayangannya..

Sementara itu, video berkenaan telah menerima pelbagai respon daripada netizen dan rata-rata berasa terhibur melihat gelagat comel Uwais. Video itu juga telah meraih 499,000 tontonan.

Comelnya tengok Uwais dengan atuk dia. Sempat lagi ye meninjau wallet atuk dia, ambil duit terus cabut hehe..

Sumber: Instagram sitisarahraisuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!