“Anak goal keeper bg main glove kat anak main mcm tu je haha” – Netizen

Tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ini adalah penghibur hati kita semua. Melihat telatah mereka yang lucu dan menghibur tu, membuatkan kita nak gelak saja. Pun begitu, perangai nya pun boleh tahan lucu kan. Kalau korang pencinta kanak-kanak, sudah pasti korang akan terhibur tiap kali tengok telatah dan gelagat mereka.

Bila tengok kanak-kanak ni, ada saja idea dan akal nya. Mereka ini berada dalam fasa yang ingin mencuba banyak perkara. Sebab tulah, kalau mereka nampak kita orang dewasa ni buat itu dan ini, pasti mereka nak ikut sekali buat macam tu jugak. Sebabtulah mereka ni jenis suka sangat memerhati.

Bagi peminat anak-anak cilik, sudah pasti anda semua mengenali Hayder dan juga Endra anak kepada Eyra Hazali dan juga Haziq. Rasanya, sudah cukup ramai yang mengenali anak-anak kesayangan pasangan tersebut. Betul tak ? Mesti korang pun salah seorang dari mereka kan.

Tiap kali dimuat naik video dan foto mereka, sudah pasti akan mendapat banyak tanda suka dan juga komen dari para netizen sekalian. Mana taknya, Hayder tu selalu saja buat lawak dan jenaka yang bersahaja, tapi menghiburkan banyak pihak.

Kali ini ada dimuat naik video Hayder dan juga adiknya Endra yang berseronok naik basikal mainan.

Amboi, bukan main lagi eh dua beradik ni. Si abang tukang bawa, manakala adiknya pula happy je duduk dekat belakang tu. Kelakar betul lah. Comel je tengok telatah dua beradik ni.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan gelagat dan telatah dua beradik tu. Dahla comel, banyak songeh pulak tu. Pun begitu, nampaknya Endra dah padan pakai baju abang ketika di usia dua tahun tau. Alahai, cepatnya adik membesar, nanti boleh main sama-sama dengan abang. Hehe.

Dan, yang lebih kelakar nya setelah melihat telatah Hayder yang memakai glove keeper kepunyaan Haziq iaitu daddy kesayangan nya tu. Haa, tahu lah ayahnya seorang penjaga gol club terkenal tanah air, habis dibawa main glove tersebut oleh anaknya tu kan.

Anak-anak Eyra dan Haziq ni memang banyak akal sungguh, kalau korang selalu update akan telatah harian mereka, sudah pasti korang cukup tahu betapa kelakar dan lucunya budak yang bernama Hayder dan Endra tu kan. Comel betul lah, rasa nak tarik je pipi tu.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni sangat lah comel. Buat jelah apa sekali pun, tentu saja menghiburkan hati kita semua.

Comel-comel belaka kan, geram je rasa nak picit-picit saja pipi gebu mereka tu. Betul tak ? Geram betul rasa.

Sumber : Ig Haziqvangers26

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!