“Suara tu mcm tak lepas, mcm terprgkap dlm mul0t” – Netizen

Pemilik nama Iman Troye atau nama sebenar beliau Siti Nur Alyssa Sahabudin merupakan penyanyi baru yang popular dengan lagu Teman, Nang dan Harum Sndal Malam. Bakat nyanyian Iman mula mendapat perhatian orang ramai setelah beliau menjadi peserta program nyanyian I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada tahun 2019.

Meskipun gadis genit ini tidak berjaya menjadi finalis di program tersebut namun, rezeki tetap memihak kepada beliau apabila berpeluang menjadi artis rakaman dengan berbekalkan bakat nyanyian yang ada.

Selain daripada I Can SeeYour Voice, Iman juga pernah menyertai program nyanyian The Masked Singer Malaysia musim kedua namun tersingkir lebih awal.

Meskipun baru setahun jagung menjadi penyanyi namun pada bulan November tahun lalu, wajahnya telah dipilih untuk menghiasi papan iklan digital gergasi diΒ Times Square New York Amerika Syarikat.

Pencapaian tersebut sekaligus menjadikan Iman Troye sebagai penyanyi wanita bertudung Malaysia ketiga dan artis wanita tempatan keempat yang terpilih menjayakan kempen Equal yang dikendalikan platform muzik digital Spotify untuk mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Sesuai dengan usianya yang memasuki alam remaja, Iman juga sangat aktif berinteraksi bersama para peminat beliau di platform media sosial dan kerap berkongsi aktiviti kerjaya mahupun rutin kehidupan di platform berkenaan.

Menerusi perkongsian terkini penyanyi tersebut di Instagram, Iman telah berkongsikan satu video beliau sedang membuat ‘soundcheck’ sebagai persiapan untuk beraksi di pertandingan separuh akhir muzik- muzik. Iman tercalon apabila lagu nyanyian beliau berjudul Nang telah berjaya melayakkan dirinya ke peringkat separuh akhir muzik- muzik.

Iman turut meluahkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih buat pencipta dan penulis lagu Nang berkenaan malahan berjanji bahawa beliau akan cuba memberikan persembahan yang terbaik untuk pertandingan tersebut.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen mendoakan kejayaan Iman dalam pertandingan berkenaan dan berharap supaya lagu nyanyian penyanyi kesayangan mereka tersebut juga bakal layak ke peringkat akhir.

Walaupun terdapat segelintir netizen yang memberikan respon agak negatif apabila ada di antaranya yang meminta supaya Iman memperbaiki cara nyanyian, namun begitu masih ramai yang memberikan kata- kata semangat serta sokongan buat penyanyi muda tersebut.

Para peminat juga memuji kelunakan suara beliau. Berikut di kongsikan antara komen- komen netizen.

Ramai yang mendoakan kejayaan Iman dan tidak sabar untuk melihat Iman beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu. Semoga Iman tidak mengecewakan para peminat beliau dan menyanyikan dengan baik lagu Nang untuk pertandingan separuh akhir muzik- muzik nanti.

Sumber: Instagram iman troye

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!