“Bila Rita post pasal anaknya, bapaknya xde perasaan ke kat anak2 kandungnya”- Netizen

Kurniaan cahaya mata adalah anugerah yang cukup terindah buat seorang wanita bergelar ibu. Lebih-lebih lagi apabila bergelar ibu tunggal, kehadiran anak-anak adalah penguat semangat. Meskipun cabaran cukup besar ketika membesarkan anak-anak, percayalah rezeki buat anak-anak sentiasa melimpah ruah. Tatkala bergelar seorang ibu, saat berjauhan dengan anak adalah satu perkara yang cukup menyedihkan.

Bayangkan anak kita yang sudah biasa hidup dengan ibu dari kecil hinggalah besar terpaksa berjauhan demi menuntut ilmu. Si ibu juga pasti sunyi apabila anak duduk jauh.

Begitulah pengalaman dilalui Rita ketika ini sebagai seorang ibu tunggal yang telah membesarkan dua orang cahaya mata lelaki tanpa suami di sisi. Dua cahaya mata Rita iaitu Ryan dan Arjuna antara yang menjadi perhatian netizen di laman sosial media.

Anak sulung Rita iaitu Ryan melalui pengalaman apabila terpaksa berjauhan dengan ibu dan adiknya di usia muda. Demi menuntut ilmu agama, Ryan dihantar ke sekolah agama atas permintaan ibunya sendiri.

Beruntungnya Rita bila dapat anak yang mendengar kata. Tengok gaya Ryan pun terserlah budi bahasa dan layanan yang lembut terhadap ibunya.

Baru-baru ini, Rita berkongsi sebuah video yang menunjukkan beliau sendiri melawat Ryan di sekolah. Demi melepaskan rindu, Rita sempat meluangkan masa bertemu dengan Ryan sambil ditemani Arjuna anak keduanya.

Melihat video dikongsi Rita, jelas kelihatan akrabnya hubungan Ryan dan Arjuna. Video tersebut telah mencuri perhatian ramai netizen sehingga mereka turut merasa sebak melihat dua beradik ini.

Netizen juga turut mempersoalkan status sebenar bapa kepada Arjuna dan Ryan yang kelihatan langsung tidak menjenguk anaknya menerusi ruangan komen. Komen netizen berkenaan terus menerima respon daripada Rita sendiri.

Sementara itu, video Rita telah menerima hampir 1,000 komen dan 427,000 tontonan sejak dimuatnaik Isnin.

Semoga Ryan membesar dengan bijak dan baik. Nampak sedih je muka Arjuna bila nak balik.

Sumber: Instagram ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!