“Wow taste Nyamma, akak setuju” – Netizen

Nama pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura tidak usah lagi perlu diperkenalkan. Pasangan ini cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Umum mengetahui bahawa pasangan sama cantik sama padan ini telah bertemu jodoh apabila kedua- duanya berlakon bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella. Fenomena pasangan itu ketika drama berkenaan telah mencetuskan tanda pagar FattZura.

Para peminat yang merestui hubungan mereka berdua ketika drama itu berlangsung sangat mengharapkan hubungan berkenaan menjadi kenyataan.

Ternyata jodoh sememangnya kuat buat pasangan ini apabila mereka berdua mengambil keputuusan untuk mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup sebelum kemudiannya membuat majlis resepsi dengan menjemput rakan-rakan artis dan media.

Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Fattah dan Fazura mempunyai peminat yang cukup ramai sehingga para peminat mewujudkan satu Instagram yang berkongsikan kehidupan peribadi, perniagaan dan aktiviti seni pasangan ini.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram yang di wujudkan oleh para peminat Fazura dan Fattah, satu video yang memaparkan gelagat terbaru Fatima menegur seorang kanak- kanak lelaki semasa bercuti di luar negara telah di kongsikan buat tatapan warganet.

Di dalam video singkat tersebut, Fatima dengan penuh ramah kelihatan cuba berbual dan berkawan dengan kanak- kanak berkenaan.

Namun begitu soalan yang di ajukan oleh Fatima buat kanak- kanak lelaki berkenaan ketika itu membuatkan Fazura agak terkejut. Anak dara Fazura dan Fattah itu bertanya kepada kanak- kanak lelaki tersebut sekiranya masih “single”.

Pertanyaan Fatima itu membuatkan Fazura tertawa dan bertanyakan sekali lagi kepada anak saudara perempuannya yang berada bersama ketika itu sebagai pengesahan. Fatima kemudiannya ikut tertawa apabila di tanyakan kembali oleh ibunya.

Comel betul lah Fatima ni kan menegur budak lelaki tu. Peramah betul dan pandai bertegur sapa dengan kanak- kanak kat sana. Boleh tahan taste juga taste anak dara Fazura dan Fattah ni. Tak lama lagi dapat besan mat salleh lah Fazura dan Fattah ya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Nur Fatima Aisya kini semakin membesar dan semakin panjang akal. Comel betul Nyamma ni menegur kanak- kanak lelaki tu. Gelagat Fatimah berkenaan itu ternyata mencuit hati peminat yang geram dengan kecomelan si cilik itu.

Sumber: ig fattzuralovelive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!