“Risau pulak kek tu terbalik Bilal” – Netizen

Kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Desas desus mengenai kehamilan kedua pengacara Noor Neelofa bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu ekoran beliau berkerusi roda ketika lawatan kerja ke Brunei.  Sejak dalam fasa mengandung, dan setelah melahirkan anak, ramai yang menantikan untuk melihat dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.

Namun begitu, sejak dari kehamilan pertama lagi selebriti berkenaan membuat keputuusan untuk tidak mengumumkan mengenai kehamilan dirinya.

Tanggal 29 Januari yang lalu, anak sulung kepada selebriti ini iaitu Muhammad Bilal Muhammad Haris telah menyambut ulang tahun pertamanya.

Ketika majlis sambutan hari ulang berkenaan, ada dakwaan yang mengesahkan kehamilan Neelofa apabila selebriti ini kerap mengusap perutnya semasa majlis berkenaan. Namun sehingga ke hari ini Neelofa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram peminat Neelofa, beberapa gambar dan video sekitar majlis ulang tahun kelahiran Bilal telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Salah satu perkongsian rakaman video memaparkan Muhammad Bilal berjalan ke sana-sini sekitar majlis berkenaan telah membuatkan ramai geram dengan gelagatnya itu.

Malahan gelagat si cilik tersebut yang menolak tiang kek hari lahirnya cukup membuatkan para peminat risau memandangkan Bilal sangat aktif bergerak.

Perkongsian video sambutan ulang tahun kelahiran Bilal dengan paparan gelagat comel si cilik ini telah meraih perhatian para peminat Neelofa serta warganet.

Para peminat juga teruja berkongsi gambar kecomelan gelagat Bilal semasa majlis berkenaan di media sosial. Majlis ringkas itu turut dihadiri teman rapat dan keluarga selebriti pasangan tersebut.

Video yang tular itu memaparkan majlis dengan bertemakan safari bagi meraikan Muhammad Bilal. Sudah tentunya majlis ini membuatkan ramai tertumpu pada anak kecil yang sangat comel itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Neelofa dan anaknya menitipkan ucapan selamat ulang tahun di samping mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa diberi kebahagiaan berpanjangan. Peminat juga mendokan Bilal membesar menjadi anak yang solah buat Abah dan Uminya.

Sebagai ibu bapa, Neelofa dan Pu Riz sentiasa mendoakan Bilal sentiasa dalam lindungan kasih Allah SWT, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik, kefahaman agama, kebahagiaan serta hasanah di dunia dan akhirat. Berikut di kongsikan komen netizen.

Neelofa tidak lupa memuatnaik video sepanjang majlis hari ulang tahun dan gelagat anaknya itu di Instagram peribadi buat tatapan para peminat.

Sebagai rekod, bekas pengacara Meletop ini telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Rizz pada Mac 2021 lalu dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Bilal.

Sumber: ig lovestory.me2_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!