“Mana dia rasa nak landing, dia landing je” – Netizen

Emma Maembong atau nama sebenar beliau Fatimah Rohani Ismail merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Nama beliau mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah. Meskipun memegang watak sampingan menerusi drama tersebut namun drama tersebut berjaya memperkenalkan beliau sehingga mula mendapat peluang menjadi teraju utama drama- drama beliau yang seterusnya.

Emma menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Shariq Gabriel pada 8 November 2020 dan kini kanak- kanak berkenaan sudahpun berusia dua tahun.

Emma mempunyai seorang adik yang turut menceburkan diri dalam bidang lakonan iaitu Cacha Maembong. Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas orang adik beradik.

Mempunyai adik  beradik yang ramai membuatkan pelakon ini juga mengidam untuk mempunyai anak yang ramai. Baru- baru ini desas desus mengatakan bahawa pelakon jelita itu sedang hamil anak kedua.

Namun begitu Emma mengambil sikap memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dan akan berkongsi kepada umum sekiranya beliau benar- benar hamil.

Emma menjelaskan yang dia dan suami juga tidak pernah merancang soal cahaya mata dan menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki.

Menginjak usia 2 tahun, Shariq juga sudah semakin panjang akal. Kanak- kanak pada usia tersebut sudah mempunyai kerenah dan gelagat mereka sendiri. Oleh Itu, sebagai ibu bapa perlulah pandai untuk menguruskan emosi anak- anak dengan baik di samping sabar dengan kerenah mereka.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram Shariq, Emma mendedahkan gelagat anaknya itu yang merajuk dan mula berbaring di atas lantai untuk menarik perhatian beliau dan suaminya.

Emma dan keluarga ketika ini sedang bercuti ke satu taman tema terkenal di Singapura. Mungkin dek kerana merajuk serta keletihan anaknya itu berkemungkinan besar berbuat demikian demi meraih perhatian Emma dan suami.

Tidak melatah dengan keadaan tersebut, Emma cuba bersabar dengan memujuk kembali anak lelakinya itu dengan lemah lembut. Emma juga kemudiannya kelihatan turut berbaring bersebelahan Shariq sambil memujuk dan memeluk anak lelakinya itu.

Menjengah keruangan komen, netizen memuji tindakan Emma yang menggunakan ‘reverse psycology’ untuk melayani kerenah anaknya itu yang sedang merajuk.

Namun begitu gelagat Shariq yang comel itu membuatkan para netizen terhibur. Apatah lagi setelah emosi Shariq kembali reda, kanak- kanak berkenaan berjalan meningg4lkan ibunya dan berlalu pergi bersama bapanya. Berikut di kongsikan komen netizen.

Ragam kanak- kanak pada usia Shariq sememangnya menguji keimanaan para ibu bapa. Memang kena banyak sabar melayani kerenah anak merajuk. Amboi comel betul Shariq merajuk. Santai santai pula berbaring, lain macam nak bertenang dan ‘healing’.

Sumber: ig shariq gabriel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!