“Weee tu ayat cerita mat kilau” – Netizen

Sama seperti orang biasa, para artis juga tidak akan pernah dapat lari dari masalah dan ujian. Masing-masing mempunyai jalan cerita tersendiri yang harus ditempuh dengan lapang dada dan rasa sabar yang tinggi. Setiap ujian dan kesedihan diberikan oleh yang Maha Kuasa pasti mempunyai hikmah disebaliknya buat seseorang itu untuk dinikm4ti di kemudian hari.

G0sip yang telah menyebar luas dan sempat menjadi topik hangat berhari-hari malah hingga kini antara hubungan suami isteri Puteri Sarah dan Sy4msul Yus0f ini masih belum ada penghujungnya. Setiap kata-kata dan kenyataan  yang diberikan oleh mereka berdua pasti menjadi tumpuan dan perhatian ramai waktu sekarang.

Walaupun begitu, gossip yang melanda tidak pernah menjejaskan sebarang reputasi baik kepada filem arahan Sy4msul Yusof yang terbaru bertajuk Mat Kilau ini. Penonton juga pastinya tahu membezakan antara prestasi baik dengan masalah peribadi yang tidak harus dicampur adukkan.

Sering mendapat pujian sebagai seorang wanita hebat dan luar biasa, Puteri Sarah memang terlihat sangat tenang menghadapi masa-masa sukarnya bersama kedua-dua anaknya itu. Mengakui Syaikhul Islam dan Sumayyah sebagai sebab utama penguatnya hingga ke hari ini, dia masih sabar menanti dan menjaga baik nama suaminya itu.

Video kebersamaan Puteri Sarah bersama anak-anak ini telah mendapat perhatian dari netizen disebabkan bait-bait kata yang disampaikan oleh Puteri Sarah telah disangkut pautkan dengan dialog dari filem Mat Kilau. Ada kata-kata pada video Puteri Sarah itu yang turut terdapat dalam salah satu babak pada filem tersebut.

Kesimpulan kata-kata yang telah disampaikan oleh Puteri Sarah pada video tersebut hanya ingin menyampaikan bahawa pentingnya anak-anak dalam dirinya. Jika tiada anak-anak, pasti Puteri Sarah tidak akan mampu menahan beban seorang diri selama bertahun-tahun lamanya.

Ratusan komen positif telah diberikan oleh netizen pada video tersebut. Rata-ratanya mendoakan banyak perkara baik buat Puteri Sarah lebih-lebih lagi buat kesabarannya agar lebih kuat dari sebelum ini.

Ramai mereka turut menegur kemiripan wajah Syaikhul Islam dengan ayahnya dan Sumayyah yang persis seperti wajah Puteri Sarah.

Peminat sentiasa menantikan berita baik dari Puteri Sarah sekeluarga agar dapat kembali seperti dahulu. Semoga urusan Puteri Sarah sentiasa dipermudahkan dan dijauhi dari segala kesuulitan.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!