“Memang tak sedar kadang2 hari2 pakai baju putih” – Adira

Setiap orang sudah tentu ada gaya pakaian kesukaan mereka masing-masing. Dari segi warna, jenis material dan design pakaian itu sendiri menjadikan seseorang itu mempunyai gaya mereka yang tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila bergelar selebriti, gaya pemakaian mereka pasti akan menjadi ikutan ramai peminat dan netizen. Sebab itu, banyak fesyen menarik yang digayakan oleh selebriti tempatan.

Begitu juga buat Adira yang selalu tampil cantik bergaya dengan penampilan yang sangat fresh daripada beliau. Walaupun sudah bergelar seorang ibu, Adira masih kelihatan update dengan fesyen terkini.

Apa sahaja yang dipakai oleh Adira, pasti akan ditanya oleh netizen di ruangan komen. Sehinggakan netizen juga mahu tahu jenama pakaian dan tudung yang dipakai oleh Adira.

Begitu dasyat penangan fesyen Adira, memang menjadi ikutan ramai wanita di luar sana ya.. mana tidaknya, apa sahaja yang dipakai Adira masih ‘on point’ dan nampak sesuai dengannya.

Itulah ramai orang selalu mengatakan, wanita cantik pakai apa-apa pun cantik berseri. Macam Adira, sarung sahaja apa-apa baju pasti kelihatan cantik terletak padanya.

Melihat secara teliti keperibadiaan Adira ini, dirinya seorang yang sukakan baju berwarna putih. Setiap kali video atau foto Adira dikongsi di laman sosial media, pasti tidak berpisah dengan baju putih kegemarannya.

Siapa sangka, netizen sendiri yang menyedari penampilan Adira lebih kepada baju berwarna putih.

Kata Adira, beliau sendiri tidak sedar rupa-rupanya setiap hari memakai baju putih. Dan putih juga antara warna kegemarannya.

Malah netizen juga berpendapat, baju yang berwarna putih mudah untuk dipadangkan dengan pelbagai warna tudung. Betul juga kata-kata netizen tu..

Adira pakai apa-apa pun tetap maintain cantik. Bila nampak Adira pakai outift semua colour Putih, menyerlah dan berseri mommy ni. Siapa lagi geng colour putih, kita geng.

Sumber: instagram adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!