“Mama dah biasa merempit kat sendayan dulu” – Siti Nordiana

Mereka yang merasai kehidupan sebagai seorang ibu tunggal sahaja yang pasti akan benar faham dengan kepayahan dan kesuliitan dalam membesarkan anak seorang diri. Bukan sahaja dalam mendidik dan mengajar, pelbagai aspek lain juga sudah menjadi tanggungjawab yang harus digalas oleh seorang wanita dalam membesarkan anak-anak agar menjadi insan yang hebat suatu hari nanti.

Penyanyi suara merdu yang bernama Siti Nordiana ini sudah dikenali ramai sejak zaman kegemilangannya di tahun 90an lagi. Lumrah menjadi seorang artis terkenal, kisah dan liku kehidupan peribadinya juga sudah diketahui ramai sejak dahulu lagi.

Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana ini sudah mula menandatangani kontrak nyanyian sejak berumur 15 tahun lagi. Wanita hebat yang sudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga ayah sejak tahun 2009 ini tidak pernah menggembar-gemburkan kepayahannya dalam membesarkan satu-satunya anak lelakinya itu.

Muhammad Rayyan yang kini sudah menginjak usia 14 tahun mempunyai hubungan yang sangat rapat dan akrab bersama ibunya. Walaupun sering sibuk dengan pekerjaan sehari-hari, Nana masih tidak lupa untuk meluangkan masa bersama putera kesayangannya dengan melakukan berbagai aktiviti riadah bersama.

Kali ini pula, anak dan ibu ini telah bersama-sama melakukan aktiviti riadah yang boleh dikatakan ekstrem dengan menaiki motor ATV di atas bukit.

Tiada sebarang perasaan takut mahupun gentar, Nana dengan berani membawa motor tersebut sambil membonceng Rayyan di belakangnya.

Video kebersamaan dua beranak ini memang sering dikongsi oleh Nana di Instagramnya. Kapsyen lucu dari Nana pada video tersebut juga telah mengatakan bahawa dia sudah biasa “merempit” dan bawa motor sejak waktu dahulu bersama rakan-rakan di Sendayan.

Sikapnya yang sangat bersahaja tetapi sopan ini memang sudah sebati dalam diri yang menyebabkan ramai peminat yang masih setia dari dahulu hingga sekarang.

Netizen dan peminat turut meluahkan rasa suka dan senang melihat keakraban hubungan antara Nana dan Rayyan.

Betul kata mereka di ruangan komen video tersebut, Nana pergi naik bukit pun masih terlihat cantik je. Tapi bukan ke patutnya Rayyan yang bawa mama naik motor ATV ni naik bukit, tapi terbalik pula kejadiannya.

Sumber: Instagram Siti Nordiana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, re0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!