“Kalau dh tak serasi tak kan nk tungu lagi semata mata nk jaga status, move on je” – Netizen

Desas-desus mengenai keretakan rumahtangga pelakon dan penyanyi Fiza Elite atau nama sebenar beliau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim kini bukan lagi rahsia apabila pelakon berkenaan akhirnya tampil menjelaskan status dirinya itu bagi mengelak salah faham para peminat. Jelas Fiza lagi, hubungan beliau dan bekas suami sudah berakhir sejak Julai tahun lalu lagi namun beliau mengambil masa untuk menjelaskan status dirinya itu kerana baru menemui kekuatan untuk mendedahkan perkara sebenar.

Sebagai rekod, Fiza telah pun tiga kali mendirikan rumahtangga namun ketiga-tiga perkahwinan tersebut berakhir dengan percraian. Kali ketiga beliau bertemu jodoh dengan seorang juruterbang berstatus duda dua anak iaitu Aizat Al-Jefri pada Disember 2016.

Perkahwinan Fiza dan suami ketiganya itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aleena yang kini berusia 3 tahun. Bukan mudah untuk Fiza melalui proses percraian sehingga 3 kali.

Untuk kali katiga ini menurut Fiza beliau di craikan dengan talak satu melalui aplikasi WhatApp namun Fiza tidak mendedahkan punca percerraian berkenaan kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

Fiza berkongsi keratan akhbar mengenai dirinya itu di Instagram dan meminta supaya para peminat dan netizen tidak lagi mempersoalkan status dirinya.

Beliau juga berharap penjelasan berkenaan dapat menjernihkan fitn4h dan hina4n di luar sana kepada dirinya.

https://www.instagram.com/p/COrMLeXFZ3w/?igshid=c6e7jvbq2rl1

Beliau tidak dapat menepis pandangan serong orang ramai terhadap dirinya kerana sudahpun bercerrai tiga kali namun beliau pasrah menerima ketentuan dan takdir yang sudah tertulis untuk diri beliau.

Menjengah keruangan komen, para peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat dan sokongan buat Fiza di atas berita sedih berkenaan.

Mereka juga memahami apa yang dilalui oleh Fiza dan merasakan jika tidak serasi maka mungkin bercerrai adalah jalan yang terbaik demi kebahagiaan beliau.

Fiza berkata beliau masih lagi mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami pertama iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidin. Bekas suaminya itu juga sentiasa memberi perhatian kepada dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq mendirikan rumahtangga selama 4 tahun sebelum bercerrai pada 4 November 2010. Sekitar September 2013, Fiza berkahwin kali kedua dengan Adam AF namun jodoh mereka juga tidak panjang.

Mudahan Fiza dipertemukan dengan jodoh yang sesuai dan seseorang yang mampu menjaga beliau dan anak-anak nanti.

Sumber: ig fizahalimofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!