“Ada yg jeles nanti bang”, ucapan Sharnaaz sempena hari ibu buat netizen terharu

Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon lelaki di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sekitar tahun 2009 sehingga kini. Nama Sharnaaz Ahmad semakin dikenali setelah membawa watak Jebat menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan sekitar Disember 2013 hingga April 2014. Di dalam drama tersebut Sharnaaz bergandingan bersama Nelydia Senrose yang membawakan watak sebagai Hannah Mastura.

Sharnaaz juga pernah mendirikan rumahtangga bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop Noor Neelofa pada Mac 2017. Walaubagaimanapun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka akhirnya berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil daripada pernikahan bersama Nabila, Sharnaz dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 2 tahun.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Sharnaaz demi memperbaiki kembali hubungan beliau bersama Nabila namun tidak berhasil.

Setelah bercrai, Nabila meneruskan kehidupan baru setelah bertemu jodoh dengan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran pada Mac 2021. Walaupun kecewa namun Sharnaaz tetap mendoakan yang terbaik demi kebahagiaan bekas isterinya.

Bersempena hari ibu yang jatuh pada 9 Mei 2021, Sharnaaz telah memuatnaik gambar ibu beliau, ibu Norain dan juga tidak ketinggalan gambar Nabila yang merupakan ibu kepada anaknya Jebat.

Dengan penuh rasa ikhlas Sharnaaz mngalkan ucapan istimewa Selamat Hari Ibu buat ketiga-tiga wanita penting dalam hidupnya itu.

Walaupun beliau dan Nabila bukan lagi suami isteri namun Sharnaaz masih lagi menunjukkan penghargaan kepada Nabila dan tidak menafikan kehadiran Nabila yang merupakan ibu kepada anaknya.

Ucapan yang dimuatnaik oleh Sharnaaz itu terasa cukup sebak. Rata-rata peminat merasa cukup kagum dengan sikap Sharnaaz yang sangat professional terhadap Nabila walaupun mereka berdua tidak lagi bergelar pasangan suami isteri dan komitmen yang ditunjukkan Sharnaaz sebagai bapa buat Jebat amat tinggi.

Setelah Nabila bernikah dengan Engku Emran, para peminat turut mendoakan supaya giliran Sharnaaz pula agar cepat bertemu jodoh. Berikut dikongsikan beberapa komen peminat yang ditinggalkan di ruangan Instagram Sharnaaz.

Jika di imbas kembali kisah pergolakan rumahtangga Sharnaaz dan Nabila dahulu, beliau sebolehnya mahu mempertahankan rumahtangganya bersama Nabila demi anaknya Jebat.

Usaha Sharnaaz untuk berdamai semula dengan Nabila turut mendapat perhatian dan sokongan para peminat yang memuji Sharnaaz sebagai seorang bapa penyayang.

Peminat juga mendoakan agar pasangan ini berbaik semula. Namun takdir sudah tertulis jodoh mereka berdua berdua tidak panjang. Semoga Sharnaaz juga cepat bertemu jodoh selepas ini.

Sumber: Instagram sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!